Tiket 1 Hari dengan Sah Topi Parti Mini SouvenEAR Ulangtahun ke-20 Percuma

Lihat semua Tawaran Istimewa

Tiket 1 Hari dengan Sah Topi Parti Mini SouvenEAR Ulangtahun ke-20 Percuma – Terma & Syarat

Butiran Penting
  1. Tawaran ini hanya terpakai untuk pembelian Tiket Masuk Umum 1 Hari dan Tiket Warga Emas/ Kanak-Kanak 1 Hari (“Tiket Tawaran”) (Tahap 1 hingga Tahap 4) ke Taman Tema Hong Kong Disneyland (“Taman Tema”) daripada laman web yang ditetapkan oleh Hongkong International Theme Parks Limited (“HKITP”) (“Laman Web Ditetapkan”) dari 17 April 2025 hingga 26 Julai 2025.
  2. Semasa melengkapkan pembelian pada Laman Web Ditetapkan, tetamu perlu memberikan nama, maklumat cara pembayaran dan bentuk data peribadi lain mengikut keperluan HKITP. E-mel pengesahan akan dikeluarkan kepada tetamu yang membeli tawaran tersebut di Laman Web Ditetapkan.
  3. Tawaran ini tidak terpakai untuk jenis tiket lain atau pembelian melalui saluran jualan atau lokasi lain selain daripada Laman Web Ditetapkan.
  4. Setiap Tiket Tawaran dikeluarkan bersama dengan satu (1) baucar elektronik (“e-Baucar”) untuk menebus satu (1) aksesori dengan nama produk 'CenderaHATI Topi Parti Mini Ulangtahun ke-20' yang bernilai HK$59 atau kurang seperti yang ditetapkan oleh HKITP dari semasa ke semasa di mana-mana kedai barang niaga di Taman Tema.
  5. Tiket Tawaran dan e-Baucar hanya boleh digunakan oleh tetamu yang membeli Tiket Tawaran dan ahli keluarga atau rakannya (“Tetamu Pengiring”).
  6. Setiap Tiket Tawaran dan e-Baucar mestilah digunakan oleh tetamu yang sama atau Tetamu Pengiring sepanjang tempoh sahnya (yang ditakrifkan di bawah). HKITP mungkin memerlukan tetamu atau Tetamu Pengiring untuk mengemukakan pengenalan peribadi mereka atau memberikan maklumat lain kerana HKITP mungkin memerlukannya untuk tujuan pengesahan.
  7. Setiap Tiket Tawaran adalah sah untuk satu lawatan ke Taman Tema oleh tetamu atau satu Tetamu Pengiring pada mana-mana tarikh yang ditentukan untuk tahap tiket yang ditetapkan atau mana-mana tahap tiket yang lebih rendah di antara 28 Jun 2025 hingga 27 September 2025 (“Tempoh Sah”). Tarikh sah yang ditentukan untuk Tahap 1 hingga Tahap 4 untuk tiga bulan seterusnya dinyatakan dalam Kalendar Tahap Tiket yang boleh didapati di laman web Hong Kong Disneyland di www.hongkongdisneyland.com (“Laman Web”). Kalendar Tahap Tiket dan tarikh adalah tertakluk pada hari operasi Taman Tema dan mungkin berubah pada bila-bila masa serta dari semasa ke semasa. Tetamu dinasihatkan agar menyemak Kalendar Tahap Tiket yang terkini pada masa pembelian.
  8. Untuk menggunakan Tiket Tawaran, tetamu dan Tetamu Pengiringnya mesti hadir sendiri di pagar berputar Pintu Masuk Utama untuk pengesahan: (i) bukti pembayaran untuk pembelian melalui Laman Web Ditetapkan (contohnya, dengan menunjukkan kad kredit fizikal atau dompet digital pada peranti mudah alih tetamu); (ii) pengesahan yang dikeluarkan bagi pembeliah tersebut; dan (iii) pengenalan peribadi bergambar yang mungkin diperlukan oleh HKITP untuk mengesahkan identitinya sebagai pengguna berdaftar atau pemegang dompet digital yang digunakan dalam pembelian.
  9. E-Baucar yang dikeluarkan dengan Tiket Tawaran hanya sah pada hari kemasukan Taman Tema menggunakan Tiket Tawaran tersebut.
  10. Tiket Tawaran dan e-Baucar yang tidak digunakan dalam Tempoh Sah atau mengikut terma dan syarat ini akan dibatalkan tanpa pampasan, pertukaran atau bayaran balik.
  11. Apabila memasuki Taman Tema, tetamu dikehendaki menunjukkan tiketnya dan diambil gambarnya (atau menunjukkan pengenalan diri* seperti yang mungkin dikehendaki oleh HKITP dari semasa ke semasa) untuk pengesahan. Tiket, cap tangan, foto dan/atau pengenalan diri lain seperti yang mungkin diminta oleh HKITP dari semasa ke semasa diperlukan untuk memasuki semula Taman Tema. Jika tetamu memilih untuk gambar anak mereka tidak diambil, mereka boleh, sebelum masuk ke Taman Tema, bertanya kepada Barisan Pelakon tentang kaedah pengesahan alternatif yang mungkin disediakan oleh HKITP dari semasa ke semasa#.
    * Contoh dokumen pengenalan diri termasuk tetapi tidak terhad kepada pasport atau dokumen pengenalan bergambar lain yang boleh diterima oleh HKITP (untuk kanak-kanak yang berumur 3 hingga 11 tahun, buku panduan sekolah atau sijil kelahiran bersama dengan dokumen pengenalan bergambar yang lain; untuk pelajar sepenuh masa yang berumur 12 tahun hingga 25 tahun, buku panduan sekolah atau kad pelajar sepenuh masa dengan dokumen pengenalan bergambar).
    # Contoh kaedah pengesahan alternatif mungkin termasuk mengemukakan pengenalan bergambar tetamu yang berkaitan kepada Barisan Pelakon kami dan nama tetamu dicetak atau disimpan secara elektronik bersama tiket. Nama yang telah direkodkan tidak boleh diubah.
    HKITP boleh menolak kemasukan ke Taman Tema oleh mana-mana tetamu yang umur, identiti atau kelayakan lain untuk menggunakan tiket tidak dapat disahkan oleh HKITP.
  12. Semua tetamu perlu mempunyai tempahan yang sah dengan tiket atau kad keahlian yang sah sebelum mengunjungi Taman Tema. Tempahan lawatan taman tema bagi setiap jenis tiket atau kad keahlian adalah tertakluk pada kuota yang terhad. Tempahan tidak akan diterima apabila kuota masing-masing penuh.
  13. Tiket Tawaran dan e-Baucar bukan untuk dijual semula, tidak boleh dipindah milik, tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh ditukar, sama ada secara keseluruhan atau sebahagian, untuk wang tunai atau apa-apa barangan lain, dan tidak boleh digunakan bersama dengan promosi atau diskaun lain.
  14. Tetamu yang sudah membeli Kad Keahlian Magic Access (“Magic Access”) atau mana-mana tiket, baucar atau produk lain tidak berhak untuk mana-mana pertukaran atau pembayaran balik di bawah tawaran ini.
  15. HKITP berhak untuk menentukan atau mengubah (i) bilangan tarikan, kedai barang niaga dan makanan dan minuman atau lokasi lain yang tersedia dalam Taman Tema, (ii) lokasi, kapasiti, waktu operasi atau operasi mana-mana tarikan, kedai barang niaga dan makanan dan minuman atau lokasi lain, dan/atau (iii) apa-apa aspek lain dari sebarang tarikan, kedai barang niaga dan makanan dan minuman atau lokasi lain, dalam setiap kes, pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa mengikut budi bicara mutlaknya tanpa notis awal, pampasan, pertukaran atau bayaran balik.
  16. HKITP boleh menolak untuk menerima atau membenarkan penebusan dan penggunaan mana-mana Tiket Tawaran atau e-Baucar, dan menahan atau membatalkan mana-mana manfaat dalam tawaran ini, dalam setiap kes tanpa pampasan, pertukaran atau bayaran balik jika mengikut pertimbangan tunggalnya (i) Tiket Tawaran, e-Baucar dan/atau manfaat di bawah tawaran ini digunakan untuk tujuan komersial atau tujuan lain yang tidak dibenarkan; (ii) jika mana-mana terma dan syarat ini dilanggar atau tidak dipatuhi; dan/atau (iii) jika HKITP menganggap bahawa keadaan memerlukan perkara sedemikian.
  17. HKITP mempunyai hak untuk (i) mengubah atau menambah terma dan syarat ini; (ii) menetapkan atau mengubah harga, kesahan dan/atau menyekat tarikh bagi mana-mana tiket, lawatan, produk, perkhidmatan, tawaran, diskaun atau promosi; dan (iii) menamatkan atau menggantung ketersediaan bagi tawaran ini atau mana-mana tawaran, diskaun atau promosi lain, bagi setiap kes, pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa tanpa notis awal, pampasan, pertukaran atau bayaran balik.

Terma dan syarat Naik Taraf Tiket Tawaran
  1. Pada hari lawatan sahaja, tetamu dan Tetamu Pengiringnya yang menggunakan Tiket Tawaran boleh, sebelum memasuki Taman Tema, menaik taraf Tiket Tawarannya yang tidak digunakan ke Tiket 2 Hari harga biasa di kaunter tiket yang bertempat di Pintu Masuk Utama Taman Tema dengan membayar perbezaan harga yang dikenakan secara peribadi, yang dikira dengan merujuk kepada harga pembelian Tiket Tawaran dan harga biasa Tiket 2 Hari semasa menaik taraf tiket. Untuk mengelakkan keraguan, naik taraf kepada tiket 2 Hari hanya boleh dibuat dengan Tiket Tawaran yang tidak digunakan yang sah untuk kemasukan pada hari yang sama.
  2. Pada hari lawatan Taman Tema sahaja, Tetamu atau Tetamu Pengiring yang menggunakan Tiket Tawaran boleh menaik taraf Tiket Tawarannya kepada Magic Access di Magic Access Member Service Center di Taman Tema dengan membayar perbezaan harga yang dikenakan secara peribadi, yang dikira dengan merujuk kepada harga biasa pembelian Tiket Tawaran dan harga biasa jenis Magic Access yang dipilih semasa menaik taraf tiket. Jika Magic Access yang dipilih berharga lebih rendah daripada Tiket Tawaran yang ingin dinaik taraf, tiada bayaran balik yang akan dibuat. Mana-mana Magic Access yang dikeluarkan selepas naik taraf akan sah selama satu tahun dari tarikh lawatan pertama tetamu ke Taman Tema dengan Tiket Tawaran. Naik taraf kepada Magic Access tidak boleh dibuat selepas hari Tiket Tawaran digunakan.
  3. Untuk tujuan mengira perbezaan harga bagi menaik taraf Tiket Tawaran:
    1. berkenaan dengan Tiket Tawaran:
      (i) setiap Tiket Tawaran (Tahap 1) masing-masing adalah bernilai HK$669 (Kemasukan Umum) atau HK$499 (Kanak-Kanak/ Warga Emas);
      (ii) setiap Tiket Tawaran (Tahap 2) masing-masing adalah bernilai HK$759 (Kemasukan Umum) atau HK$569 (Kanak-Kanak/ Warga Emas);
      (iii) setiap Tiket Tawaran (Tahap 3) masing-masing adalah bernilai HK$849 (Kemasukan Umum) atau HK$639 (Kanak-Kanak/ Warga Emas); dan
      (iv) setiap Tiket Tawaran (Tahap 4) masing-masing adalah bernilai HK$939 (Kemasukan Umum) atau HK$705 (Kanak-Kanak/ Warga Emas);
    2. harga biasa Tiket 2 Hari atau Magic Access yang dipilih (mengikut kes yang berkenaan) semasa menaik taraf tiket akan dikenakan.
  4. Naik taraf Tiket Tawaran adalah tertakluk padaTerma dan Syarat Umum yang ditetapkan di https://www.hongkongdisneyland.com/ms/ticket-general-terms-conditions/.

Terma dan Syarat yang terpakai untuk e-Baucar
  1. e-Baucar hanya boleh digunakan di kedai barang niaga di dalam Taman Tema dan tidak sah di lokasi-lokasi atau saluran jualan lain (termasuk tanpa had, www.hongkongdisneyland.com dan Pasaran Promenade di Taman Promenade).
  2. Setiap e-Baucar hanya boleh digunakan satu kali sahaja, mesti digunakan pada hari kemasukan ke Taman Tema menggunakan Tiket Tawaran yang dikeluarkan bersama e-Baucar tersebut dan mesti ditunjukkan pada masa pembayaran bersama dengan Tiket Tawaran yang sah dengan e-Baucar yang dikeluarkan.
  3. Semua item cenderahati menggunakan e-Baucar tidak boleh ditukar dan tidak boleh dikembalikan.
  4. Penebusan dan penggunaan e-Baucar adalah tertakluk kepada terma dan syarat ini, ketersediaan item dan waktu operasi di kedai barang niaga yang berkaitan.

Terma dan Syarat Umum yang terpakai untuk tawaran ini
  1. Tawaran ini dan komponen masing-masing, dan pengeluaran dan penebusan tawaran ini serta komponen masing-masing dan kemasukan ke Taman Tema atau bahagian lain Hong Kong Disneyland Resort (“Resort”) setiap satunya tertakluk pada (i) "Sorotan Tawaran" dan "Butiran Penting" yang dinyatakan dalam semua halaman yang berkaitan di laman web Hong Kong Disneyland di www.hongkongdisneyland.com (“Laman Web”), (ii) terma dan syarat ini dan Terma dan Syarat Am di www.hongkongdisneyland.com/ticket-general-terms-conditions/ (iii) peraturan dan undang-undang yang terpakai kepada lokasi atau kemudahan yang berkenaan (termasuk tanpa had, Peraturan dan Undang-Undang Taman Tema dan Hotel) yang dinyatakan di Laman Web; dan (iv) semua keperluan, sekatan dan perubahan lain yang ditentukan oleh HKITP mengikut budi bicara mutlaknya tanpa notis awal atau selanjutnya. HKITP boleh dari semasa ke semasa, tanpa notis awal dan tanpa pampasan, pertukaran atau bayaran balik (a) membuat atau mengubah suai peraturan yang harus diikuti di dalam keseluruhan atau mana-mana bahagian Resort, (b) mengubah atau menyelaraskan syarat kemasukan atau mod operasi (termasuk tetapi tidak terhad kepada waktu operasi) Resort atau mana-mana hotel, lokasi, tarikan, pertunjukan, kedai, restoran, fasiliti atau kemudahan di tempatnya, (c) menutup atau melaraskan operasi untuk mana-mana tempoh bagi Resort atau mana-mana bahagiannya, (d) mengubah suai, menempatkan semula, memperbaharui atau menggantikan mana-mana lokasi, tarikan, pertunjukan, kedai, restoran, fasiliti atau kemudahan; (e) mengehadkan bilangan, kelas atau kelayakan orang yang memiliki akses ke Resort atau mana-mana bahagiannya, (f) menggantung atau membatalkan mana-mana tarikan, pertunjukan, fasiliti, kemudahan atau program hiburan atau pemasaran, tawaran, pengalaman atau aktiviti, dan/atau (g) mengenakan had ke atas pembelian mana-mana produk atau penggunaan mana-mana perkhidmatan atau fasiliti, dalam setiap kes, atas sebab kapasiti, cuaca buruk atau acara istimewa, bagi memastikan keselamatan, kesihatan, keterjaminan atau ketenteraman, atau pematuhan undang-undang, atau jika HKITP menganggap bahawa keadaan memerlukan perkara sedemikian.
  2. Tiket Tawaran dan e-Baucar Pendua tidak akan diterima. Tiket Tawaran dan e-Baucar yang tidak lengkap, rosak atau diubah akan dibatalkan tanpa pampasan, pertukaran atau bayaran balik. Tiket Tawaran atau e-Baucar yang hilang tidak akan digantikan. HKITP tidak akan bertanggungjawab untuk (dan tidak akan mengeluarkan penggantian berkenaan dengan) sebarang kehilangan, kerosakan, pemalsuan, kecurian atau penipuan atau penggunaan tanpa kebenaran mana-mana Tiket Tawaran dan e-Baucar. Rekod HKITP berhubung dengan pengeluaran dan penggunaan Tiket Tawaran dan e-Baucar adalah muktamad dan konklusif.
  3. Jika terdapat apa-apa konflik atau ketidakkonsistenan antara versi bahasa Inggeris dengan versi bahasa lain bagi terma dan syarat ini, versi Bahasa Inggeris akan diutamakan.
  4. Terma dan syarat ini tertakluk pada tafsiran HKITP yang adalah muktamad dan konklusif.
  5. Jika berlaku apa-apa pertikaian, HKITP berhak membuat keputusan muktamad bagi pertikaian tersebut dan juga berhubung tawaran ini.
  6. Tawaran ini dibuat mengikut undang-undang Kawasan Pentadbiran Khas Hong Kong Republik Rakyat China (“HKSAR”) sahaja. Tawaran ini hanya boleh ditebus di HKSAR mengikut terma dan syarat ini. HKITP tidak membuat perwakilan bahawa pembelian atau penebusan tawaran ini sesuai atau boleh didapati di lokasi lain dan tawaran ini tidak sah dalam mana-mana bidang kuasa yang pembelian atau penebusan tawaran sedemikian dilarang atau dihadkan oleh undang-undang. Mereka yang memilih untuk membeli atau menebus tawaran ini berbuat demikian atas inisiatif mereka sendiri dan bertanggungjawab untuk mematuhi undang-undang tempatan, jika dan setakat mana ia terpakai.
  7. Terma dan syarat ini akan ditadbir dan ditafsirkan mengikut undang-undang HKSAR.
  8. Terma dan syarat ini membentuk perjanjian antara HKITP dengan tetamu yang membeli tawaran ini. Orang yang bukan pihak kepada perjanjian ini tidak akan mempunyai apa-apa hak di bawah Ordinan Kontrak (Hak Pihak Ketiga) (Bab 623 Undang-undang Hong Kong) untuk menguatkuasakan apa-apa terma perjanjian ini.

Pernyataan Pengumpulan Maklumat Peribadi
Data peribadi yang dikumpulkan berhubung dengan atau apabila membeli, mengeluarkan atau menyediakan tiket, lawatan, produk dan perkhidmatan lain boleh digunakan untuk pemprosesan permintaan atau pertanyaan, menguatkuasakan terma urusan komersial, menghantar bahan-bahan pentadbiran kepada anda, tujuan perniagaan dan pentadbiran dalaman kami, tujuan penyelidikan dan statistik atau tujuan lain yang berkaitan secara langsung, atau untuk tujuan undang-undang, keselamatan atau keterjaminan. Peruntukan data peribadi untuk medan mandatori adalah wajib. Jika anda tidak memperuntukkan data peribadi tersebut, kami mungkin tidak boleh memberi anda produk atau perkhidmatan yang anda minta. Data peribadi boleh dipindahkan kepada pihak ketiga yang terlibat dalam memenuhi tujuan yang disebutkan di atas, atau orang lain sebagaimana yang diperlukan oleh undang-undang. Senarai kelas orang yang mungkin menerima data peribadi sedemikian boleh didapati di https://www.hongkongdisneyland.com/ms/privacy-legal/. Anda boleh meminta akses kepada, dan meminta pembetulan bagi, data peribadi anda yang kami pegang. Permintaan sebegitu boleh dibuat dengan menghantar e-mel kepada Pengurus Data Peribadi kami di  personaldata@hongkongdisneyland.com.