• Hong Kong Disneyland Park is reopened with health & safety measures. All guests entering the park are required to undergo temperature screening, wear face masks & scan the “LeaveHomeSafe” QR code or register contact details as required by the regulations. Details
  • Reservation with name & contact number is required for Park visits. Magic Access Platinum members may reserve beginning 16 days prior to arrival, while Gold & Silver members may reserve beginning 15 days prior to arrival. Other guests may reserve beginning 14 days prior to arrival. Guests may refer to Park Calendar for the latest Park opening schedule.
    >> Reserve Now or Check Your Reservation <<.
  • Social distancing measures have been implemented. Character experiences have been adjusted. Details
  • Special arrangement for unused park tickets, date-specific products, hotel bookings & Magic Access memberships. Details
Hong Kong Disneyland Park Reopening and Important Information - 5 Ogos 2021
  • Hong Kong Disneyland Park is reopened with health & safety measures. All guests entering the park are required to undergo temperature screening, wear face masks & scan the “LeaveHomeSafe” QR code or register contact details as required by the regulations. Details
  • Reservation with name & contact number is required for Park visits. Magic Access Platinum members may reserve beginning 16 days prior to arrival, while Gold & Silver members may reserve beginning 15 days prior to arrival. Other guests may reserve beginning 14 days prior to arrival. Guests may refer to Park Calendar for the latest Park opening schedule.
    >> Reserve Now or Check Your Reservation <<.
  • Social distancing measures have been implemented. Character experiences have been adjusted. Details
  • Special arrangement for unused park tickets, date-specific products, hotel bookings & Magic Access memberships. Details

Pas Kemasukan ke Tarikan “Keutamaan Khas” Disney

Lihat semua Tawaran Istimewa

Luangkan sedikit masa untuk beratur untuk tarikan popular — dan lebih banyak masa untuk meneroka keajaiban!

Berada di hadapan barisan dengan Pas Kemasukan ke Tarikan 'Keutamaan Khas' / Pas Kemasukan ke Tarikan 'Keutamaan Khas+' di laman web rasmi bermula daripada HK$249. Ia akan memberikan anda akses keutamaan kepada beberapa tempat tarikan kami yang paling popular, termasukIron Man Experience, Mickey’s PhilharMagic dan Big Grizzly Mountain Runaway Mine Cars, menjimatkan masa anda dan membolehkan anda menikmati lebih banyak permainan sepanjang lawatan anda.

Manfaat Pesanan Awal Dalam Talian yang Eksklusif:
Tetamu boleh mendapatkan baucar barang niaga^ bernilai HK$50 semasa membuat pesanan awal untuk Pas Kemasukan ke Tarikan “Keutamaan Khas” Disney dalam talian. Beli sekarang kerana tempat terhad!

Pas Kemasukan ke Tarikan “Keutamaan Khas” Disney tidak termasuk kemasukan ke Taman Tema Hong Kong Disneyland. Untuk menggunakan pas, pemegang pas perlu mempunyai tiket kemasukan ke taman tema yang sah dan membuat tempahan lawatan ke taman tema untuk masuk ke taman tema pada tarikh sah pas. Beli tiket taman tema di sini atau tempah lawatan anda di sini.
TawaranButiran TawaranHarga
Pas Kemasukan ke Tarikan “Keutamaan Khas” Disney

1 x Pas Kemasukan ke Tarikan “Keutamaan Khas”* Disney, menawarkan akses keutamaan satu kali kepada 3 daripada 5 tarikan terpilih:

  • Big Grizzly Mountain Runaway Mine Cars
  • Ant-Man dan The Wasp: Pertempuran Nano!
  • Mystic Manor
  • Iron Man Experience
  • Mickey’s PhiharMagic
HK$ 249
Pas Kemasukan ke Tarikan “Keutamaan Khas+” Disney

1 x Pas Kemasukan ke Tarikan “Keutamaan Khas+”* Disney, menawarkan akses keutamaan satu kali kepada kesemua 8 tarikan terpilih:

  • Big Grizzly Mountain Runaway Mine Cars
  • Ant-Man dan The Wasp: Pertempuran Nano!
  • Mystic Manor
  • Iron Man Experience
  • Mickey’s PhiharMagic
  • The Many Adventures of Winnie the Pooh
  • Toy Soldier Parachute Drop
  • Slinky Dog Spin
Hari Bekerja,
kecuali Cuti
Umum


HK$ 349
Hari Bekerja
dan
Cuti Umum


HK$ 399
*Sah pada hari terpilih sahaja

^Tetamu boleh mendapatkan baucar barang niaga bernilai HK$50 semasa membuat pesanan awal untuk Pas dalam talian sekurang-kurangnya sehari sebelum tarikh kesahan pas tersebut. Baucar barang niaga tidak tersedia untuk pembeilan Pas pada tarikh tersebut.

Big Grizzly Mountain Runaway Mine Cars ─ Perjalanan Paling Liar di Barat!

Masuk dan keluar melalui lingkaran gua dengan keretapi lombong laju di Grizzly Gulch.

Memberanikan diri memasuki bangunan Syarikat Perlombongan Big Grizzly, dibina pada peringkat awal California Gold Rush. Di tengah-tengah kerlipan lampu minyak tanah, mengembara melepasi sebuah kilang papan berdebu, lokar pencari gali berkarat dan bengkel berselerakan ketua geologi sebelum menaiki kereta lombong misteri yang menunggu untuk membawa anda melawat ke dalam gunung lama.

Ant-Man dan The Wasp: Pertempuran Nano!

Hong Kong Disneyland memperkenalkan tarikan bertemakan Marvelyang kedua – Ant-Man dan The Wasp: Pertempuran Nano! Alami keseronokan menjadi kecil sebesar semut semasa anda bertempur bersama-sama dengan Ant-Man dan The Wasp untuk menghalang data sulit S.H.I.E.L.D. daripada jatuh ke tangan Hydra. Berusahalah bersungguh-sungguh untuk menyertai pertempuran epik ini!

Mystic Manor ─ Lawatan Galeri Mempesonakan

Menerokai muzium ajaib di mana artifak eksotik dari seluruh dunia berada di depan mata anda!

Memanjat masuk ke dalam “keajaiban zaman moden” yang luar biasa, Mystic Magneto, Pembawa Elektrik tanpa rel, dan dengan kuasa ajaib meluncur ke bilik pengkatalogan di mana kotak muzik Bali yang penuh teka-teki dipamerkan. Apabila anda tiba, Albert yang ingin tahu muncul dan mencakar artifak diukir dengan penuh hiasan, tanpa diduga menyebabkan kotak terbuka. Tiba-tiba, satu melodi menghantui kedengaran dan aliran debu berkilauan yang bertaburan di seluruh bilik dan muzium, secara ajaib memberikan nyawa kepada apa saja yang disentuh.

Iron Man Experience - Di bawakan oleh AIA

Salah satu adiwira yang terhebat di dunia kini dalam kalangan kita dan Hong Kong tidak akan sama seperti dulu lagi. Iron Man Experience - tarikan bertema Marvel yang pertama sekali ditampilkan di taman tema Disney!

Mari melangkah masuk ke dunia Stark Industries yang mengagumkan! Stark Expomemberi anda peluang melihat warisan Stark Industries yang mengubah dunia menjadi lebih sempurna, sebelum menunjukkan teknologi hebat yang akan membentuk masa depan kita. Lihatlah, dengan mata anda sendiri, inovasi Stark yang dapat memperbaik rumah anda pada hari ini dan cara pemikiran berwawasan yang akan mengubah seluruh dunia anda pada esok hari.

Mickey’s PhilharMagic ─ Sebuah Konsert Untuk Mata dan Telinga

Nikmati keajaiban animasi Disney dalam filem konsert 3D ini yang dibintangi oleh banyak watak kegemaran Disney.

Magis Disney bertemu muzik Disney dalam pengembaraan fantasi 3D dibintangi oleh Donald Duck selama 10 minit. Sertai Donald Duck dalam perjalanan memori beberapa lagu yang paling diingati dalam sejarah animasi Disney, termasuk:

“Be Our Guest” dari Beauty and the Beast
“Part of Your World” dari The Little Mermaid
“I Just Can’t Wait To Be King” dari The Lion King
“You Can Fly” dari Peter Pan
“A Whole New World” dari Aladdin

The Many Adventures of Winnie the Pooh

Memasuki Hundred Acre Wood dalam ketinggian Hunny Pot dan menjiwainya seperti cerita Winnie the Pooh.

Gelungsur dan melompat seperti di dalam beberapa babak dan set Winnie the Pooh yang paling disayangi. Melompat masuk ke dalam Hunny Pot gergasi memuatkan seramai 6 orang dan hilang dalam kisah klasik A.A. Milne semasa anda menerokai dunia keajaiban Hundred Acre Wood.

Turut serta! Toy Soldier Parachute Drop

Jatuh dari langit bersama Toy Soldiers dari Toy Story semasa latihan payung terjun yang menyeronokkan!

Apabila suara Sarge yang dikenali menerangkan arahan-arahan keselamatan, mengapung di menara payung terjun setinggi 25 meter. Semasa di atas, ambil pemandangan Toy Story Land dan Mystic Manor serta Grizzly Gulch berdekatan sekali imbas, sebelum tiba-tiba jatuh ke tanah dan kembali dalam siri latihan udara yang menyeronokan. Merasai tiupan angin di muka anda apabila anda turun dan naik berulang kali - dan alami perasaan terapung dijatuhkan dari langit dengan payung terjun.

Slinky Dog Spin ─ Slinky Dog Bersedia untuk Berlari!

Bangkit bertindak untuk putaran penuh dengan keseronokan di tengah-tengah Toy Story Land.

Andy, budak lelaki dari filem Disney•Pixar Toy Story, berseronok dengan kawan baik lamanya Slinky Dog, anjing dengan badan Slinky® spring. Walaupun Andy kini berada jauh, Slinky Dog masih ingin bermain – ia hanya suka berlari-lari dalam bulatan mengejar ekornya sendiri.

Butiran Penting
  1. Tetamu tidak boleh membatalkan atau membetulkan jenis, tarikh kesahan dan butiran lain untuk Pas selepas pembelian.
  2. Pas yang dibeli dalam talian hanya sah untuk penggunaan pada tarikh yang dicetak pada e-mel pengesahan. Pas yang dibeli di Resort hanya sah untuk penggunaan pada tarikh pembelian. Pas yang tidak digunakan pada tarikh kesahan akan dibatalkan tanpa pertukaran, bayaran balik atau pampasan.
  3. Pas mesti digunakan oleh individu yang sama pada tarikh kesahannya. HKITP mungkin memerlukan Tetamu untuk mengemukakan pengenalan peribadinya atau memberikan maklumat lain sedemikian yang HKITP mungkin memerlukan untuk tujuan pengesahan
  4. Pas hanya boleh digunakan sekali untuk kemasukan keutamaan ke dalam tarikan yang dipilih semasa waktu operasi.
  5. Jika tarikan yang dipilih ditutup pada tarikh kesahan Pas, Pas boleh digunakan sekali untuk kemasukan keutamaan ke dalam satu tarikan lain yang disenaraikan oleh HKITP untuk jenis Pas tersebut pada hari yang sama tertakluk pada ketersediaan, kapasiti dan waktu operasi untuk tarikan yang digantikan sedemikian. Tiada bayaran balik, pelanjutan atau pampasan lain akan diberikan.
Lihat semua Terma dan Syarat