Nikmati potongan Kadar Fleksibel sebanyak 30% (bilik standard serendah HK$1,190* satu malam) apabila anda menginap selama 2 atau lebih malam secara berturut-turut di Hotel Hong Kong Disneyland Resort!
Pembatalan percuma sehingga 7 hari sebelum tarikh daftar masuk.

Hotel | Butiran Tawaran | Harga |
---|---|---|
Disney’s Hollywood Hotel | 30% off Flexible Rate for 2 or more consecutive nights | Bermula daripada HK$ 1,190* |
Disney Explorers Lodge | Bermula daripada HK$ 1,470* | |
Hong Kong Disneyland Hotel | Bermula daripada HK$ 1,750* |
*Caj perkhidmatan sebanyak 10% berdasarkan jumlah kadar bilik yang diberi diskaun, serta caj tambahan (jika berkenaan) dan cukai kerajaan yang berkenaan akan dikenakan.
Lihat semua Terma dan Syarat

Ulang Tahun ke-20 – Parti Paling Ajaib!
Anda dijemput ke sebuah pesta yang hanya boleh berlaku di sebuah istana yang dibina daripada impian. Dihoskan oleh semua Rakan Disney kegemaran anda, yang berpakaian khas sempena pesta Ulang Tahun ke-20 ini, ia adalah acara penuh bintang yang akan menjadi lebih mempersonakan dengan kehadiran anda. Sambutan ini memperkenalkan perarakan serba baharu (yang terbesar bagi Hong Kong Disneyland), pertunjukan pentas istana yang eksklusif sempena ulang tahun, serta pertunjukan hebat waktu malam yang lebih baik – yang paling megah pernah diadakan di taman ini. Sertai Rakan Disney kegemaran anda dalam sambutan ulang tahun taman tema, terokai lapan kawasan bertema dan unik termasuk kawasan bertema ‘Frozen’ yang pertama dan terbesar – World of Frozen, serta alami pengembaraandi tarikan ekslusif Hong Kong Disneylandseperti Mystic Manor.

Dapatkan Tag Bagasi Disney Ekslusif, dan Banyak Lagi!
Tempah penginapan anda dengan akaun MyDisney HK anda dan bawa pulang tag bagasi Donald Duck atau Mickey Mouse yang ekslusif di taman tema, tidak dijual dan secara percuma, serta baucar diskaun bagi menjamu selera dan membeli-belah sehingga HK$200. Mulakan perjalanan magis yang penuh dengan keistimewaan!

Kejutan Parti Ulang Tahun Ke-20
Teruskan suasana parti apabila anda menginap di hotel resort kami dengan “Kejutan Parti Ulang Tahun ke-20” secara percuma – termasuk model kadbod mini, pen parti dan poskad, semuanya menyerlahkan kemewahan dan glamor parti Ulang Tahun ke-20 Hong Kong Disneyland.
Setiap bilik tetamu akan menerima hadiah kecil Kejutan Parti Ulang Tahun ke-20, termasuk *model kadbod mini, pen parti dan poskad. Reka bentuk pen parti akan berubah dari semasa ke semasa dan tertakluk kepada ketersediaan.
*Hanya terpakai untuk Bilik Pemandangan Laut atau kelas yang lebih tinggi.

Pek Bilik Parti Magik Ulang Tahun Ke-20
Tingkatkan apa-apa sambutan dengan detik parti yang lebih magik dalam bilik hotel anda! Beli “Pek Bilik Parti Magik Ulang Tahun Ke-20” dan nikmati sambutan VIP daripada Anak Patung Mickey Ulang Tahun Ke-20, kad ucapan timbul bertandatangan daripada Mickey dan Minnie Mouse, Cekak Rambut Telinga Mickey Ulang Tahun Ke-20 yang mewah, belon serta hiasan parti lain yang berkilauan.
Pek Bilik Parti Magik Ulang Tahun Ke-20 termasuk:
- Anak Patung Mickey Ulang Tahun Ke-20
- Cekak Rambut Telinga Mickey Ulang Tahun Ke-20
- Belon Cahaya Parti Ulang Tahun Ke-20
- Belon
- Gegantung
- Kad Ucapan
Sah untuk tetamu yang menginap dari 28 Jun 2025 dan seterusnya. Hanya pilih pakej daripada “Pilihan Tambahan” semasa menempah penginapan hotel anda pada laman web rasmi kami. Tempahan seawal 1 hari diperlukan. Tempah sekarang kerana tempat terhad!

Bilik Deluxe “Marvel” baharu di Disney's Hollywood Hotel
Untuk Adiwira yang baru muncul, bilik tetamu “Marvel” ialah portal yang sempurna untuk alam Marvel yang mendebarkan. Muncul dari dunia nyata ke dalam ruang berinspirasikan Marvel ini, anda disambut dengan gambaran bergaya Quinjet daripada siri filem “The Avengers” yang terbang tinggi di atas Menara Stark, yang membimbing tumpuan anda terhadap mural bertemakan Adiwira Marvel yang menghadap ke bilik. Di dalam, Adiwira, termasuk Iron Man, Captain Marvel, Captain America, Spider-Man, Thor, Hawkeye, Ant-Man, The Wasp, Black Widow dan Hulk, telah berkumpul, membangkitkan cerita dan watak epik dalam Alam Sinematik Marvel!
Terpakai kepada tetamu yang menginap dari 9 Ogos 2024

Bilik Deluxe “Mickey dan Rakan-rakan” baharu di Disney's Hollywood Hotel
Kini kembali dengan penuh keajaiban, bilik tetamu “Mickey dan Rakan-rakan” dengan reka bentuk baharu ini dipenuhi dengan pelbagai elemen filem dan seni yang menjadikan anda tumpuan utama. Sebaik sahaja anda masuk, Huey, Dewey, Louie dan Webby daripada keluarga Donald Duck akan muncul dengan penuh teruja untuk mengalu-alukan anda. Mural dinding gergasi dalam gambaran berwarna hitam, putih dan merah klasik Mickey, Minnie, Donald Duck, Daisy, Goofy Pluto, Chip dan Dale adalah penghormatan yang sesuai kepada asal usul penceritaan Disney yang mendominasi bilik tersebut. Dan apabila anda “bersedia untuk kamera” bagi detik permaidani merah anda, terdapat peluang bergambar “tumpuan utama” yang sempurna untuk mencipta swafoto superstar anda sendiri.

Kejutan Bertema Di Dalam Bilik LinaBell
Bukakan pintu anda ke syurga yang berharga dan bukakan hati ke dunia baharu yang suka bermain. Mengalu-alukan musang LinaBell baharu yang disayangi ke dalam hidup anda dengan cenderamata yang menarik direka untuk menggembirakan. Selain sarung bantal, baldi popcorn dan selimut, terdapat juga anak patung lembut LinaBell yang comel untuk mencairkan hati anda.
Kejutan Bertema Di Dalam Bilik LinaBell termasuk:
- Selipar
- Sarung bantal
- Tikar Lantai
- Selimut
- Anak patung
- Baldi Popcorn
Hanya pilih pakej daripada “Pilihan Tambahan” semasa menempah penginapan hotel anda pada laman web rasmi kami. Tempahan seawal 1 hari diperlukan. Tempah sekarang kerana tempat terhad!