Tawaran Pembelian Awal Bilik

Lihat semua Tawaran Istimewa

Bagaimana Untuk Menempah

Anda boleh menempah dalam talian. Hanya klik pada Butang Hotel Yang Ditetapkan pada halaman ini untuk menempah bilik anda dengan segera. Tiket boleh dibeli pada masa yang sama.

Tawaran Pembelian Bilik Awal 7 Hari - Butiran Penting
  1. Pakej ini hanya tersedia kepada tetamu yang memenuhi semua kriteria yang berikut (“Tetamu yang Layak”):
    1. berumur 18 tahun ke atas;
    2. menempah bilik penginapan hotel di Hong Kong Disneyland Hotel, Disney Explorers Lodge atau Disney’s Hollywood Hotel (setiap satu “Hotel”) dengan tarikh daftar masuk antara 10 Julai 2024 hingga 31 Disember 2026 (termasuk kedua-dua tarikh) dengan tarikh daftar keluar pada atau sebelum 1 Januari 2027; dan
    3. merupakan antara tetamu yang menginap di bilik Hotel.
  2. Apabila melengkapkan tempahan, Tetamu yang Layak dikehendaki memberikan nama, maklumat kad kredit dan bentuk data peribadi mereka yang lain seperti yang dikehendaki oleh Hongkong International Theme Parks Limited (“HKITP”). E-mel pengesahan akan dihantar ke alamat e-mel yang diberikan oleh Tetamu yang Layak selepas pengesahan selesai.
  3. Tetamu yang Layak dikehendaki mengemukakan dokumen pengenalan mereka untuk pengesahan semasa daftar masuk. Jika syarat kelayakan untuk tawaran ini tidak dapat disahkan, kadar harga bilik pada masa daftar masuk akan dikenakan.
  4. Untuk menikmati tawaran ini, tempahan awal perlu dibuat sekurang-kurangnya 21 hari sebelum tarikh daftar masuk.
  5. “Caj Bilik” termasuk: (i) kadar bilik yang terpakai ditentukan berdasarkan tarikh daftar masuk dan daftar keluar, Hotel dan jenis bilik yang dipilih, serta kadar bilik semasa yang ditentukan pada masa tempahan (tertakluk pada ketersediaan dan apa-apa Had Manfaat sebagaimana terma sedemikian dinyatakan dalam Terma dan Syarat Umum Hotel di https://www.hongkongdisneyland.com/ms/hotel-general-terms-conditions/(“Terma dan Syarat Umum Hotel”)); (ii) apa-apa Surcaj yang disebut dalam perenggan 7 di bawah; (iii) apa-apa caj tambahan untuk item tambahan; (iv) caj perkhidmatan 10% atas caj (i) dan (ii); dan (v) cukai kerajaan yang dikenakan atas caj (i), (ii) and (iii).
  6. Bilik dan tempahan tertakluk pada ketersediaan dan had bilangan, jenis, nilai serta ciri lain bilik yang diperuntukkan untuk mana-mana bilik, promosi, tawaran, pakej atau diskaun tersebut (secara kolektifnya, “Had Manfaat”). Tetamu mengiktiraf bahawa HKITP boleh, mengikut budi bicara tunggal dan mutlaknya menentukan atau mengubah ketersediaan bilik, apa-apa promosi, tawaran, pakej atau diskaun dan/atau Had Manfaat pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu, pampasan, pertukaran atau bayaran balik.
  7. Caj tambahan sebanyak HK$200 bagi setiap orang untuk setiap malam (tertakluk pada caj perkhidmatan 10% dan cukai kerajaan yang dikenakan) akan dikenakan kepada tetamu ketiga dan keempat yang berusia 12 tahun dan ke atas yang menginap di dalam bilik Hotel yang sama (“Surcaj”).
  8. Tertakluk pada perenggan 7 di atas, setiap bilik Hotel boleh menampung sehingga maksimum empat orang tetamu. Sekurang-kurangnya seorang dewasa mesti menginap di setiap bilik Hotel.
  9. Bayaran penuh Caj Bilik akan dikenakan untuk setiap tempahan pada waktu tempahan.
  10. Setiap Tetamu yang Layak boleh menempah maksimum satu bilik dengan tarikh daftar masuk dan daftar keluar yang sama.
  11. Perubahan mana-mana nama tetamu tidak dibenarkan dalam apa-apa jua keadaan.
  12. Tetamu tidak dibenarkan membatalkan atau mengubah suai tempahan sebaik sahaja tempahan dilakukan. Apa-apa pembatalan atau pengubahsuaian atau ketidakhadiran akan dikenakan caj yang bersamaan dengan kadar penginapan Hotel pada malam pertama bersama dengan Caj Bilik (ii), (iv) dan (v).
  13. Tawaran ini bukan untuk dijual semula, tidak boleh dipindahkan, tidak boleh ditukarkan dan tidak boleh dibayar balik, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya, untuk duit tunai atau apa-apa item yang lain.
  14. Tawaran ini tidak boleh diberikan komisen.
  15. Tawaran ini tidak termasuk kemasukan ke Taman Tema Hong Kong Disneyland (“Taman Tema”). Tetamu dikehendaki mempunyai tiket kemasukan yang sah dan membuat tempahan lawatan Taman Tema sebelum melawati Taman Tema. Tempahan lawatan taman tema bagi setiap jenis tiket atau kad keahlian tertakluk pada kuota yang terhad. Tempahan tidak akan diterima apabila kuota masing-masing penuh.
  16. HKITP boleh menolak untuk menerima atau membenarkan penebusan dan penggunaan apa-apa manfaat dalam tawaran ini, serta menahan atau membatalkan apa-apa manfaat dalam tawaran ini, dalam setiap kes tanpa pampasan, pertukaran atau bayaran balik jika menurut pertimbangannya (i) manfaat di bawah tawaran ini digunakan untuk tujuan komersial atau tujuan lain yang tidak dibenarkan; (ii) jika mana-mana terma dan syarat ini dilanggar atau tidak dipatuhi; dan/atau (iii) jika HKITP menganggap bahawa keadaan sedemikian diperlukan.
  17. HKITP berhak untuk (i) meminda atau menambah terma dan syarat ini; (ii) menetapkan atau menukar harga, kesahihan dan/atau tarikh sekat mana-mana tiket, lawatan, produk, perkhidmatan, tawaran, diskaun atau promosi; dan (iii) menamatkan atau menggantung ketersediaan mana-mana tawaran, diskaun atau promosi, dalam setiap kes, pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa tanpa notis terlebih dahulu, pampasan, pertukaran atau bayaran balik.

Terma dan Syarat Umum yang terpakai untuk tawaran ini

  1. Tawaran ini, peruntukan bilik, produk dan perkhidmatan serta kemasukan ke Hotel, Taman Tema dan/atau bahagian lain Hong Kong Disneyland Resort (“Resort”) dan penggunaan kemudahan di sana adalah masing-masing tertakluk pada (i) the “Sorotan Tawaran” dan “Butiran Penting” yang dinyatakan pada semua halaman yang berkaitan di www.hongkongdisneyland.com (“Laman Web”), (ii) terma dan syarat ini, Terma dan Syarat Umum Hotel, Terma dan Syarat Umum di https://www.hongkongdisneyland.com/ms/ticket-general-terms-conditions, (iii) peraturan dan undang-undang yang terpakai di lokasi atau kemudahan yang berkenaan (termasuk tanpa batasan, Peraturan dan Undang-undang Taman Tema dan/atau Peraturan dan Undang-undang Hotel) yang dinyatakan di Laman Web, dan (iv) semua keperluan, sekatan serta perubahan lain yang ditentukan oleh HKITP mengikut budi bicara tunggalnya tanpa notis terlebih dahulu atau selanjutnya. HKITP boleh dari semasa ke semasa, tanpa notis awal dan tanpa pampasan, perubahan atau bayaran balik (a) membuat atau mengubah suai peraturan yang perlu dipatuhi di seluruh atau sebahagian Resort, (b) mengubah atau menyelaraskan syarat kemasukan atau mod operasi (termasuk tetapi tidak terhad kepada masa operasi) Resort atau mana-mana hotel, lokasi, tarikan, persembahan, kedai, restoran atau kemudahan di sana, (c) menutup atau menyelaraskan operasi Resort atau mana-mana bahagian Resort untuk apa-apa tempoh, (d) mengubah suai, menempatkan semula, membersihkan atau menggantikan mana-mana lokasi, tarikan, persembahan, kedai, restoran atau kemudahan; (e) mengehadkan bilangan, kelas atau kelayakan orang yang mempunyai akses ke Resort atau mana-mana bahagiannya, (f) menggantung atau membatalkan mana-mana tarikan, pertunjukan, kemudahan atau program hiburan atau pemasaran, tawaran, pengalaman atau aktiviti, dan/atau (g) mengenakan had terhadap pembelian mana-mana produk atau penggunaan mana-mana perkhidmatan atau kemudahan, dalam setiap kes disebabkan oleh kapasiti, cuaca buruk atau acara khas untuk memastikan keselamatan, kesihatan, keamanan atau ketenteraman atau untuk mematuhi undang-undang, atau jika HKITP berpendapat terdapat keperluan mengikut keadaan.
  2. Tawaran ini tidak boleh digunakan bersama mana-mana tawaran lain, promosi, diskaun atau manfaat (termasuk tanpa pengehadan tawaran “Manfaat Eksklusif Hotel”, manfaat Barisan Pelakon dan manfaat Ahli Akses Magik).
  3. Jika berlaku pertikaian, HKITP berhak untuk membuat keputusan muktamad bagi pertikaian tersebut, dan sebaliknya, berhubungan dengan tawaran ini.
  4. Terma dan syarat ini tertakluk pada tafsiran HKITP yang adalah muktamad dan konklusif.
  5. Jika terdapat apa-apa konflik atau ketakkonsistenan antara versi bahasa Inggeris dengan versi bahasa lain bagi terma dan syarat ini, versi bahasa Inggeris akan diutamakan.
  6. Tawaran ini dibuat mengikut undang-undang Kawasan Pentadbiran Khas Hong Kong Republik Rakyat China (“HKSAR”) sahaja. Pakej ini hanya boleh ditebus di HKSAR menurut terma dan syarat ini. HKITP tidak membuat perwakilan bahawa pembelian, penebusan atau penggunaan pakej ini sesuai atau boleh didapati di lokasi lain dan pakej ini tidak sah dalam mana-mana bidang kuasa yang pembelian, penebusan atau penggunaan pakej sedemikian dilarang atau disekat oleh undang-undang Orang yang memilih untuk membeli, menebus atau menggunakan pakej ini berbuat demikian atas inisiatif mereka sendiri dan bertanggungjawab untuk mematuhi undang-undang tempatan, jika dan setakat mana undang-undang terpakai.
  7. Terma dan syarat ini akan ditadbir oleh dan ditafsirkan mengikut unang-undang HKSAR.
  8. Terma dan syarat ini membentuk perjanjian antara HKITP dengan tetamu yang membeli pakej ini. Orang yang bukan pihak kepada perjanjian ini tidak akan mempunyai apa-apa hak di bawah Ordinan Kontrak (Hak Pihak Ketiga) (Bab 623 Undang-undang Hong Kong) untuk menguatkuasakan apa-apa terma perjanjian ini.

Tawaran Pembelian Bilik Awal 21 Hari - Butiran Penting:

Terma dan Syarat lain yang berkenaan dengan Tawaran

Istimewa 2 Malam Tambahan: Potongan 30% - Butiran Penting:
  1. Pakej ini hanya tersedia kepada tetamu yang memenuhi semua kriteria yang berikut (“Tetamu yang Layak”):
    1. berumur 18 tahun ke atas;
    2. menempah bilik di Hong Kong Disneyland Hotel, Disney Explorers Lodge atau Disney’s Hollywood Hotel (“Hotel”) semasa tempoh daftar masuk dari 21 Ogos 2024 hingga 30 Disember 2026 (termasuk kedua-dua tarikh) dengan tarikh daftar keluar pada atau sebelum 1 Januari 2027; dan
    3. merupakan antara tetamu yang menginap di bilik Hotel.
  2. Apabila melengkapkan tempahan, Tetamu yang Layak dikehendaki memberikan nama, maklumat kad kredit dan bentuk data peribadi mereka yang lain seperti yang dikehendaki oleh Hongkong International Theme Parks Limited (“HKITP”). E-mel pengesahan akan dikeluarkan kepada alamat e-mel yang diberikan oleh Tetamu yang Layak setelah tempahan selesai.
  3. Tetamu yang Layak dikehendaki mengemukakan dokumen pengenalan mereka untuk pengesahan semasa daftar masuk. Jika syarat kelayakan untuk tawaran ini tidak dapat disahkan, kadar harga bilik pada masa daftar masuk akan dikenakan.
  4. Tawaran ini terpakai kepada semua jenis bilik Hotel kecuali, Bilik Pandangan Laut dengan Balkoni Disney Explorers Lodge dan Suite Kingdom Club, Suite Kingdom Club Cinderella dan Suite Kingdom Club Frozen Hong Kong Disneyland Hotel.
  5. Untuk menikmati tawaran ini, tempahan awal perlu dibuat sekurang-kurangnya satu hari sebelum tarikh daftar masuk.
  6. “Caj Bilik” termasuk: (i) kadar bilik yang terpakai ditentukan berdasarkan tarikh daftar masuk dan daftar keluar, Hotel dan jenis bilik yang dipilih, serta kadar bilik semasa yang ditentukan pada masa tempahan (tertakluk pada ketersediaan dan apa-apa Had Manfaat sebagaimana terma sedemikian dinyatakan dalam Terma dan Syarat Umum Hotel di https://www.hongkongdisneyland.com/ms/hotel-general-terms-conditions/(“Terma dan Syarat Umum Hotel”)); (ii) apa-apa Surcaj yang disebut dalam perenggan 7 di bawah; (iii) apa-apa caj tambahan untuk item tambahan; (iv) caj perkhidmatan 10% atas caj (i) dan (ii); dan (v) cukai kerajaan yang dikenakan atas caj (i), (ii) and (iii).
  7. Caj tambahan sebanyak HK$200 bagi setiap orang untuk setiap malam (tertakluk pada caj perkhidmatan 10% dan cukai kerajaan yang dikenakan) akan dikenakan kepada tetamu ketiga dan keempat yang berusia 12 tahun dan ke atas yang menginap di dalam bilik Hotel yang sama (“Surcaj”).
  8. Tertakluk pada Perenggan 7 di atas, setiap bilik Hotel boleh menampung sehingga maksimum empat orang tetamu. Sekurang-kurangnya seorang dewasa mesti menginap di setiap bilik Hotel.
  9. Bayaran penuh untuk Caj Tawaran dan apa-apa caj tambahan untuk item tambahan akan dikenakan caj untuk setiap tempahan pada waktu tempahan.
  10. Tetamu yang Layak perlu memberikan maklumat termasuk nama dan butiran kad kredit untuk deposit semasa membuat tempahan.
  11. Perubahan mana-mana nama tetamu tidak dibenarkan dalam apa-apa jua keadaan.
  12. Tetamu boleh membatalkan atau mengubah tempahan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum daftar masuk bilik Hotel. Malam pertama penginapan Hotel bersama dengan Caj Bilik (ii), (iv) dan (v) akan dikenakan bayaran sekiranya terdapat pembatalan yang dilakukan selepas tempoh yang ditetapkan seperti dalam perenggan ini atau tidak hadir. Pindaan tempahan tertakluk pada ketersediaan dan Had Manfaat (seperti yang dinyatakan dalamTerma dan Syarat Umum Hotel) dan tiada perubahan dibenarkan selepas tempoh yang ditetapkan dalam perenggan ini.
  13. Tawaran ini bukan untuk dijual semula, tidak boleh dipindahkan, tidak boleh ditukarkan dan tidak boleh dibayar balik, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya, untuk duit tunai atau apa-apa item yang lain.
  14. Tawaran ini tidak boleh diberikan komisen.
  15. Tawaran ini tidak termasuk kemasukan ke Taman Tema Hong Kong Disneyland (“Taman Tema”). Tetamu dikehendaki mempunyai tiket kemasukan yang sah dan membuat tempahan lawatan Taman Tema sebelum melawati Taman Tema. Tempahan lawatan taman tema bagi setiap jenis tiket atau kad keahlian tertakluk pada kuota yang terhad. Tempahan tidak akan diterima apabila kuota masing-masing penuh.
  16. HKITP boleh menolak untuk menerima atau membenarkan penebusan dan penggunaan apa-apa manfaat dalam tawaran ini, serta menahan atau membatalkan apa-apa manfaat dalam tawaran ini, dalam setiap kes tanpa pampasan, pertukaran atau bayaran balik jika menurut pertimbangan mutlaknya (i) manfaat di bawah tawaran ini digunakan untuk tujuan komersial atau tujuan lain yang tidak dibenarkan; (ii) jika mana-mana terma dan syarat ini dilanggar atau tidak dipatuhi; dan/atau (iii) jika HKITP menganggap bahawa keadaan sedemikian diperlukan.
  17. HKITP berhak untuk (i) meminda atau menambah terma dan syarat ini; (ii) menetapkan atau menukar harga, kesahihan dan/atau tarikh sekat mana-mana tiket, lawatan, produk, perkhidmatan, tawaran, diskaun atau promosi; dan (iii) menamatkan atau menggantung ketersediaan mana-mana tawaran, diskaun atau promosi, dalam setiap kes, pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa tanpa notis terlebih dahulu, pampasan, pertukaran atau bayaran balik.
Terma dan Syarat Umum yang terpakai untuk tawaran ini
  1. Tawaran ini, peruntukan bilik, produk dan perkhidmatan serta kemasukan ke Hotel, Taman Tema dan/atau bahagian lain Hong Kong Disneyland Resort (“Resort”) dan penggunaan kemudahan di sana adalah masing-masing tertakluk pada (i) the “Sorotan Tawaran” dan “Butiran Penting” yang dinyatakan pada semua halaman yang berkaitan di www.hongkongdisneyland.com (“Laman Web”), (ii) terma dan syarat ini, Terma dan Syarat Umum Hotel, Terma dan Syarat Umum di https://www.hongkongdisneyland.com/ms/ticket-general-terms-conditions, (iii) peraturan dan undang-undang yang terpakai di lokasi atau kemudahan yang berkenaan (termasuk tanpa batasan, Peraturan dan Undang-undang Taman Tema dan/atau Peraturan dan Undang-undang Hotel) yang dinyatakan di Laman Web, dan (iv) semua keperluan, sekatan serta perubahan lain yang ditentukan oleh HKITP mengikut budi bicara tunggalnya tanpa notis terlebih dahulu atau selanjutnya. HKITP boleh dari semasa ke semasa, tanpa notis awal dan tanpa pampasan, perubahan atau bayaran balik (a) membuat atau mengubah suai peraturan yang perlu dipatuhi di seluruh atau sebahagian Resort, (b) mengubah atau menyelaraskan syarat kemasukan atau mod operasi (termasuk tetapi tidak terhad kepada masa operasi) Resort atau mana-mana hotel, lokasi, tarikan, persembahan, kedai, restoran atau kemudahan di sana, (c) menutup atau menyelaraskan operasi Resort atau mana-mana bahagian Resort untuk apa-apa tempoh, (d) mengubah suai, menempatkan semula, membersihkan atau menggantikan mana-mana lokasi, tarikan, persembahan, kedai, restoran atau kemudahan; (e) mengehadkan bilangan, kelas atau kelayakan orang yang mempunyai akses ke Resort atau mana-mana bahagiannya, (f) menggantung atau membatalkan mana-mana tarikan, pertunjukan, kemudahan atau program hiburan atau pemasaran, tawaran, pengalaman atau aktiviti, dan/atau (g) mengenakan had terhadap pembelian mana-mana produk atau penggunaan mana-mana perkhidmatan atau kemudahan, dalam setiap kes disebabkan oleh kapasiti, cuaca buruk atau acara khas untuk memastikan keselamatan, kesihatan, keamanan atau ketenteraman atau untuk mematuhi undang-undang, atau jika HKITP berpendapat terdapat keperluan mengikut keadaan.
  2. Tawaran ini tidak boleh digunakan bersama mana-mana tawaran lain, promosi, diskaun atau manfaat (termasuk tanpa pengehadan tawaran “Manfaat Eksklusif Hotel”, manfaat Barisan Pelakon dan manfaat Ahli Akses Magik).
  3. Jika berlaku pertikaian, HKITP berhak untuk membuat keputusan muktamad bagi pertikaian tersebut, dan sebaliknya, berhubungan dengan tawaran ini.
  4. Terma dan syarat ini tertakluk pada tafsiran HKITP yang adalah muktamad dan konklusif.
  5. Jika terdapat apa-apa konflik atau ketakkonsistenan antara versi bahasa Inggeris dengan versi bahasa lain bagi terma dan syarat ini, versi bahasa Inggeris akan diutamakan.
  6. Tawaran ini dibuat mengikut undang-undang Kawasan Pentadbiran Khas Hong Kong Republik Rakyat China (“HKSAR”) sahaja. Pakej ini hanya boleh ditebus di HKSAR menurut terma dan syarat ini. HKITP tidak membuat perwakilan bahawa pembelian, penebusan atau penggunaan pakej ini sesuai atau boleh didapati di lokasi lain dan pakej ini tidak sah dalam mana-mana bidang kuasa yang pembelian, penebusan atau penggunaan pakej sedemikian dilarang atau disekat oleh undang-undang Orang yang memilih untuk membeli, menebus atau menggunakan pakej ini berbuat demikian atas inisiatif mereka sendiri dan bertanggungjawab untuk mematuhi undang-undang tempatan, jika dan setakat mana undang-undang terpakai.
  7. Terma dan syarat ini akan ditadbir oleh dan ditafsirkan mengikut unang-undang HKSAR.
  8. Terma dan syarat ini membentuk perjanjian antara HKITP dengan tetamu yang membeli pakej ini. Orang yang bukan pihak kepada perjanjian ini tidak akan mempunyai apa-apa hak di bawah Ordinan Kontrak (Hak Pihak Ketiga) (Bab 623 Undang-undang Hong Kong) untuk menguatkuasakan apa-apa terma perjanjian ini.

Manfaat Hotel Eksklusif - Terma dan Syarat
  1. Kesahan
    • Tawaran ini sah untuk tempahan hotel yang dibuat dalam tempoh dari sekarang hingga 28 Disember 2026 di Hong Kong Disneyland Hotel, Disney Explorers Lodge atau Disney’s Hollywood Hotel (“Hotel”) dan sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh daftar masuk.
    • Tawaran ini sah untuk daftar masuk hotel dari sekarang hingga 31 Disember 2026, kecuali Tarikh Tiada Promosi di bawah.
    • Tarikh yang tiada promosi: 1 hingga 6 Disember, 2025 dan 20 hingga 31 Disember 2025.
  2. Tetamu boleh menikmati naik taraf bilik hotel percuma dan minuman ringan percuma jika berjaya menempah bilik hotel pada kadar bilik sedia ada atau Tawaran Istimewa yang ditetapkan melalui Laman Web Hong Kong Disneyland www.hongkongdisneyland.com. Tawaran ini tidak terpakai pada bilik hotel yang ditempah dengan tawaran bermusim istimewa Magic Access dan tawaran lain yang mungkin ditentukan oleh Hongkong International Theme Parks Limited dari masa ke masa.
  3. Naik taraf bilik hotel percuma:
    • Tawaran ini sah untuk naik taraf bilik kepada kategori bilik seterusnya dalam Hotel yang sama
    • Naik taraf bilik terpakai pada kategori bilik yang seterusnya sahaja:
      i. Disney Explorers Lodge – Bilik Standard
      ii. Hong Kong Disneyland Hotel – Bilik Standard
      iii. Disney’s Hollywood Hotel – Standard Room
    • Bilangan bilik yang tersedia untuk tawaran ini adalah terhad. Naik taraf bilik hotel percuma tertakluk pada ketersediaan. Pengesahan naik taraf bilik akan dinyatakan pada surat pengesahan.
  4. Minuman ringan percuma:
    • Satu minuman ringan percuma akan ditawarkan kepada setiap Tetamu (maksimum sehingga 4 Tetamu bagi setiap bilik) apabila menjamu selera di mana-mana restoran perkhidmatan meja di Hotel.
    • Tetamu perlu menunjukkan surat pengesahan semasa penebusan.

Pernyataan Pengumpulan Maklumat Peribadi
Data peribadi yang dikumpulkan berhubung dengan atau apabila membeli, mengeluarkan atau menyediakan tiket, lawatan, produk dan perkhidmatan lain boleh digunakan untuk pemprosesan permintaan atau pertanyaan, menguatkuasakan terma urusan komersial, menghantar bahan-bahan pentadbiran kepada anda, tujuan perniagaan dan pentadbiran dalaman kami, tujuan penyelidikan dan statistik atau tujuan lain yang berkaitan secara langsung, atau untuk tujuan undang-undang, keselamatan atau keterjaminan. Peruntukan data peribadi untuk medan mandatori adalah wajib. Jika anda tidak memperuntukkan data peribadi tersebut, kami mungkin tidak boleh memberi anda produk atau perkhidmatan yang anda minta. Data peribadi boleh dipindahkan kepada pihak ketiga yang terlibat dalam memenuhi tujuan yang disebutkan di atas, atau orang lain sebagaimana yang diperlukan oleh undang-undang. Senarai kelas orang yang mungkin menerima data peribadi sedemikian boleh didapati di https://www.hongkongdisneyland.com/ms/privacy-legal/. Anda boleh meminta akses kepada, dan meminta pembetulan bagi, data peribadi anda yang kami pegang. Permintaan sebegitu boleh dibuat dengan menghantar e-mel kepada Pengurus Data Peribadi kami di personaldata@hongkongdisneyland.com.