
Mickey and the Wondrous Book
Sebuah pertunjukan “Happily Ever After” luar biasa dan unik telah dicipta untuk menghidupkan cerita dan filem Disney baharu dan klasik dalam pengeluaran pentas pusparagam muzikal yang menggembirakan tidak seperti pertunjukan lain! Dipersembahkan dalam Disney's Storybook Theater.
Masa –

Di mana Kisah Dihidupkan Semula
Disney’s Storybook Theater akan ditukarkan kepada perpustakaan moden yang antik di mana ia adalah tempat asal “Mickey and the Wondrous Book.” Pertunjukan pentas muzikal selama 28 minit ini memaparkan barisan pelakon bernyanyi secara langsung serta watak dan penari Disney. Setiap helaian muka surat pasti memberikan sebuah persembahan muzikal yang hebat dan mengagumkan!

Mickey and Olaf Bersiap-sedia Memulakan Pengembaraan yang Hebat
Oleh kerana perasaan ingin tahu tentang buku ajaib ini, pada satu malam Mickey Mouse dan Goofy menyelinap masuk ke dalam perpustaakan bagi menyaksikan sendiri keajaiban tersebut. Mereka sungguh terperanjat apabila menyaksikan buku tersebut terbuka dengan sendiri dan keluar Olaf –orang salji Disney yang penuh dengan kasih sayang dan pelukan mesra. Dengan serta-merta Mickey menyedari bahawa dia perlu memasuki pengembaraan di dalam buku untuk memastikan Olaf pulang ke dalam ceritanya sebelum dia menjadi cair. Satu kumpulan yang pelik ini – Mickey, Goofy dan Olaf – bersiap-sedia memasuki ke dalam buku ajaib di mana satu perjalanan yang dipenuhi dengan pengembaraan serta cabaran sedang menanti mereka - Happily Ever Afters.

Penemuan yang Menakjubkan di dalam Kisah Dongeng Disney
Selami kisah kegemaran Disney dan temui beberapa watak kegemaran termasuklah Baloo dan King Louie di dalam “The Jungle Book”; Ariel di dalam “The Little Mermaid”; Rapunzel di dalam “Tangled”; Merida di dalam “Brave”; the Genie, Aladdin, Jasmine dan Abu di dalam “Aladdin”; Tiana dan Louis di dalam “The Princess and the Frog”; dan pastinya filem epik terakhir iaitu dengan cara Disney “Happily Ever After” yang sebenar iaitu Princess Anna dan Queen Elsa di dalam “Frozen”. Jangan terkejut jika anda dapati diri anda hanyut dalam satu pengalaman yang mengasyikkan semasa setiap dunia dihidupkan melalui setiap genre, gaya dan tempo mereka yang tersendiri!

Ketahui Perkara Sebelum Anda Pergi
Tempat duduk adalah terhad untuk setiap pertunjukan. Sila tiba awal untuk menonton pertunjukan.

Interpretasi Teater
Bermula dari 5 November 2022, Perkhidmatan Interpretasi Teater akan tersedia untuk pertunjukan pertama pada hari Sabtu pertama dan hari Selasa ketiga setiap bulan. Sila klik DI SINI untuk mendapatkan maklumat lanjut.





