Taman Tema Disney – Keriangan Yang Diwarisi Untuk Semua

Temui alam keajaiban bagi keluarga dan rakan pada semua peringkat umur untuk bersama-sama menikmati keriangan.

Walt Disney, pengasas Syarikat Walt Disney, mempunyai impian tentang sesuatu yang lebih menyeronokkan berbeza daripada taman tema yang biasa. “Ia terjadi semasa anak perempuan saya masih kecil dan hari Sabtu adalah hari bapa. Jadi saya membawa mereka menaiki merry-go-round dan tempat-tempat yang berbeza dan semasa saya sedang duduk saya rasa perlu membina sesuatu di mana ibu bapa dan anak mereka boleh menikmati keseronokkan bersama-sama. Dan akhirnya ia telah berkembang menjadi apa yang anda lihat di Disneyland hari ini. Tetapi ia bermula daripada seorang ayah bersama 2 orang anak perempuanya berfikir di mana beliau juga boleh menikmati keseronokan bersama anak mereka.”

Dan oleh itu, taman tema Disney ditubuhkan hampir 60 tahun dahulu, melahirkan kegembiraan, keikhlasan dan berkongsi pengalaman memori indah. Hong Kong Disneyland Resort meneruskan tradisi dalam cara yang baru dan unik melalui tarikan yang mengasyikkan seperti Mystic Manor—di mana artifak dari muzium eksotik menjelma dengan sekelip mata — dan kawasan bertema seperti Fantasyland dan Toy Story Land, memberikan satu dunia pengalaman yang tiada bandingan di dunia ini.

Warisan Syarikat Walt Disney masih lagi berkembang pesat di Hong Kong Disneyland Resort. Berbeza dengan hartanah Disney lain di bumi ini, Hong Kong Disneyland Resort sangat berbesar hati dalam menawarkan berbagai pengalaman yang berbeza untuk setiap Tetamu di semua peringkat umur. Dan ia bermula dengan idea Walt yang mencipta “sebuah taman keluarga di mana ibu bapa dan kanak-kanak boleh berseronok.”

Keriangan menanti anda semua sekarang!