Bersedia untuk Hari Hujan atau Cerah Sebelum Lawatan Anda
Hong Kong adalah beriklim subtropika dengan suhu antara 10°S ke 33°S. Oleh kerana sebahagian besar masa anda akan dihabiskan di luar rumah, pakaian harus kasual dan selesa. Walau bagaimanapun, anda mungkin ingin membawa sesuatu yang lebih formal waktu malam.
Berikut adalah senarai pakaian dan barang-barang lain yang anda mungkin ingin bawa:
- T-shirts (lengan panjang atau pendek)
- T-shirt berkolar
- Baju panas ringan
- Jeans or seluar panjang
- Baju/skirt kasual (pilihan)
- Seluar pendek
- Jaket hujan berat ringan
- Topi
- Baju renang
- Kasut kaki bertutup
- Kasut berjalan bertapak kukuh
- Sandal
- Paspot
- Perubatan
- Kamera/kamera video
- Bateri tambahan atau pengecas untuk kamera
- Kaca mata hitam
- Pelindung Matahari
- Payung
- Kelengkapan Peribadi
- penyesuai palam elektrik
Aturan Cuaca Buruk Semasa Lawatan Anda
Aturan berikut terpakai secara umum apabila amaran cuaca yang berkaitan sedang berkuat kuasa. Jika keadaan memerlukan, aturan khas mungkin akan dibuat demi keselamatan dan keselesaan para tetamu dan kakitangan kami. Para tetamu digalakkan untuk lawati laman web rasmi kami untuk maklumat terkini sebelum lawatan anda.
Hujan Ribut Amber, Hujan Ribut Merah atau Isyarat Taufan No. 1
- Taman tema tetap dibuka, tetapi beberapa tarikan dan hiburan luar mungkin digantung, diselaraskan atau dibatalkan.
- Inspiration Lake Recreation Centre tetap dibuka, tetapi perkhidmatan sewaan bot pedal dan basikal surrey mungkin digantung.
- Operasi taman tema atau Inspiration Lake yang digantung semasa isyarat hujan ribut hitam atau isyarat taufan yang lebih tinggi akan disambung semula secara berperingkat dalam baki waktu operasi (mengikut keadaan).
Hujan Ribut Hitam
(dikeluarkan sebelum waktu operasi taman tema yang dijadualkan)
- Taman tema ini mungkin menangguhkan pembukaan dan beroperasi dengan tawaran terhad apabila dibuka. Beberapa tarikan dan hiburan luar mungkin digantung, diselaraskan atau dibatalkan.
- Taman tema tetap dibuka dengan tawaran yang terhad, serta tarikan dan hiburan luar mungkin digantung, diselaraskan atau dibatalkan.
- Inspiration Lake Recreation Centre mungkin menangguhkan pembukaan, dan perkhidmatan sewaan bot pedal dan basikal surrey mungkin digantung.
- Inspiration Lake Recreation Centre tetap dibuka, tetapi perkhidmatan sewaan bot pedal dan basikal surrey mungkin digantung.
Isyarat Taufan No. 3
- Taman tema kekal dibuka dengan operasi yang terhad, dan semua tarikan luar mungkin digantung.
- Inspiration Lake Recreation Centre tetap dibuka, tetapi perkhidmatan sewaan bot pedal dan basikal surrey mungkin digantung.
Isyarat Taufan No. 8, 9, 10 atau “Keadaan Cuaca Melampau*”
- Jika isyarat taufan no. 8, 9, 10 atau “Keadaan Cuaca Melampau*” dikeluarkan atau diumumkan sebelum waktu operasi taman tema yang dijadualkan:
- Taman tema ini mungkin menangguhkan pembukaan dan beroperasi dengan operasi terhad apabila dibuka. Taman tema ini juga mungkin tetap ditutup jika keadaan cuaca buruk atau “Keadaan Cuaca Melampau*” berterusan.
- Jika taman tema ditutup sepanjang hari, perkara yang berikut akan dikenakan:
- Tiket Sehari
- Tetamu dengan tiket yang belum digunakan boleh melawat taman tema pada hari lain dalam tempoh sah asal tiket.
- Akses Premier Disney
- Bagi Akses Premier Disney yang tidak digunakan dan dibeli melalui laman web rasmi Hong Kong Disneyland atau aplikasi mudah alih rasmi, satu e-mel akan dihantar ke alamat e-mel yang diberikan semasa pembelian selepas hari penutupan taman tema. Pemegang pas boleh menunjukkan e-mel tersebut untuk menebus manfaat Akses Premier Disney yang tidak digunakan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh penutupan taman tema. Jika e-mel tersebut masih belum diterima, sila hubungi kami di guest@hongkongdisneyland.com.
- Bagi Akses Premier Disney yang tidak digunakan dan dibeli di pondok tiket di Pintu Masuk Utama, Perhubungan Tetamu atau kedai barang niaga terpilih dalam taman tema, Program Mini WeChat Hong Kong Disneyland, Kedai Rasmi Fliggy Hong Kong Disneyland dan penyedia pelancongan yang diberi kuasa oleh Hong Kong Disneyland yang lain, pemegang pas boleh menggunakan pas asal untuk menebus manfaat yang tidak digunakan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh penutupan taman tema.
- Tiket Sehari
- Jika isyarat taufan no. 8, 9, 10 atau “Keadaan Cuaca Melampau*” dikeluarkan atau diumumkan semasa waktu operasi biasa taman tema::
- Taman tema akan ditutup dan perkara berikut akan dikenakan:
- Tiket Sehari
- Pengunjung yang memasuki taman tema menggunakan tiket 1-Hari boleh menyimpan tiket asal dan menggunakan tiket yang sama untuk lawatan semula pada mana-mana satu hari dalam tempoh 6 bulan dari tarikh cuaca buruk atau “Keadaan Cuaca Melampau*”.
- Tiket 2 Hari
- Jika pengunjung memasuki taman tema menggunakan tiket 2-Hari dan taman tema ditutup semasa lawatan pertama disebabkan cuaca buruk atau “Keadaan Cuaca Melampau*”, pengunjung boleh menggunakan tiket asal untuk membuat lawatan pertama semula dalam tempoh 6 bulan dari tarikh cuaca buruk atau “Keadaan Cuaca Melampau*”, dan lawatan kedua dalam tempoh sah yang dinyatakan untuk lawatan kedua.
- Jika pengunjung memasuki taman tema menggunakan tiket 2-Hari dan taman tema ditutup semasa lawatan kedua disebabkan cuaca buruk atau “Keadaan Cuaca Melampau*”, pengunjung boleh menggunakan tiket asal untuk membuat lawatan kedua semula dalam tempoh 6 bulan dari tarikh cuaca buruk atau “Keadaan Cuaca Melampau*”.
- Tetamu yang masih belum menggunakan Tiket 2-Hari miliknya boleh melawat taman tema pada hari lain dalam tempoh sah asal tiket.
- Akses Premier Disney
- Bagi Akses Premier Disney yang dibeli melalui laman web rasmi Hong Kong Disneyland atau aplikasi mudah alih rasmi dan mempunyai manfaat yang kekal belum digunakan, satu e-mel akan dihantar ke alamat e-mel yang diberikan semasa pembelian selepas hari penutupan taman tema. Pemegang pas boleh menunjukkan e-mel tersebut untuk menebus manfaat Akses Premier Disney yang tidak digunakan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh penutupan taman tema. Jika anda masih belum menerima e-mel tersebut, sila hubungi kami di guest@hongkongdisneyland.com.
- Bagi Akses Premier Disney yang dibeli di pondok tiket di Pintu Masuk Utama, Perhubungan Tetamu atau kedai barang niaga terpilih dalam taman tema, Program Mini WeChat Hong Kong Disneyland, Kedai Rasmi Fliggy Hong Kong Disneyland dan penyedia pelancongan yang diberi kuasa oleh Hong Kong Disneyland yang lain, pemegang pas boleh menggunakan pas asal untuk menebus manfaat yang tidak digunakan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh penutupan taman tema.
- Jika isyarat taufan no. 8, 9, 10 atau “Keadaan Cuaca Melampau*” dikeluarkan atau diumumkan sebelumInspiration Lake Recreation Centre dibuka:
- Inspiration Lake Recreation Centre akan ditutup di sepanjang hari.
- Jika isyarat taufan no. 8, 9, 10 atau “Keadaan Cuaca Melampau*” dikeluarkan atau diumumkan semasa waktu operasi Inspiration Lake Recreation Centre:
- Inspiration Lake Recreation Centre akan ditutup di sepanjang hari.
* Dalam kes Taufan Super atau bencana alam lain berskala besar yang menjejaskan orang awam bekerja untuk menyambung kerja mereka atau membawa kepada masalah keselamatan untuk tempoh yang lama, seperti gangguan bekalan elektrik berskala besar, banyak tingkap jatuh dari bangunan tinggi yang membahayakan jalan raya, tanah runtuh besar, banjir besar, gangguan serius terhadap perkhidmatan pengangkuran awam, dll., sekiranya keadaan memerlukan, pihak kerajaan akan memutuskan sama ada perlu membuat pengumuman “keadaan cuaca melampau” di seluruh wilayah.