Taman Tema Hong Kong Disneyland
Tomorrowland
Semua Peringkat Umur
Tunggangan Perlahan, Berputar, Gelap
Hong Kong Disneyland memperkenalkan tarikan bertemakan Marvelyang kedua – Ant-Man dan The Wasp: Pertempuran Nano! Alami keseronokan menjadi kecil sebesar semut semasa anda bertempur bersama-sama dengan Ant-Man dan The Wasp untuk menghalang data sulit S.H.I.E.L.D. daripada jatuh ke tangan Hydra. Berusahalah bersungguh-sungguh untuk menyertai pertempuran epik ini!
Pas ini membolehkan tetamu menikmati akses keutamaan satu kali ke tarikan terpilih di seluruh taman tema. Kini, lebih mudah untuk menikmati segala-galanya di Hong Kong Disneyland!
Tony Stark (dikenali sebagai Iron Man) telah membina pavilion di Hong Kong Disneyland supaya para pelawat dapat mempelajari tentang teknologi baharu yang dibangunkan oleh Stark Industries untuk mengekalkan keamanan dunia. Rakan inovasinya: Pusat Sains and Teknologi S.H.I.E.L.D
Namun, apabila anda masuk ke Pavilion ini, jelas sekali bahawa ini bukanlah lawatan biasa. Hydra telah melancarkan serangan dua serampang yang mensasarkan Menara Stark di Kowloon dan Pavilion itu sendiri! Arnim Zola, kecerdasan buatan yang jahat dan ejen Hydra, telah menghantar robot Hydra untuk mencuri Reaktor Arka di atas Menara Stark dan menghantar sekumpulan Kawanan bot untuk mencuri Teras Data daripada Pusat Sains and Teknologi S.H.I.E.L.D – yang mengandungi semua kajian rahsia S.H.I.E.L.D.!
Semasa Iron Man sibuk menentang Hydra di Menara Stark, dia meminta bantuan Ant-Man dan The Wasp untuk melindungi Pavilion daripada serangan ribuan Kawanan bot di bawah perintah Arnim Zola, yang sedaya upaya mahu mencuri Teras Data Pavilion.
Anda akan menaiki kenderaan tempur S.H.I.E.L.D yang terbaharu D/AGR, juga dikenali sebagai the Dagger, dan menggunakan EMP Blaster yang canggih untuk melumpuhkan Kawanan bot semasa dalam perjalanan ke Pavilion. Namun, memandangkan Teras Data dirampas oleh Hivebot gergasi, satu-satunya pilihan yang anda ada adalah dengan menyertai Ant-Man dan The Wasp dan mengecil sebesar semut, lalu bertempur di teras Hivebot dan mengambil balik Teras Data daripada Zola buat selama-lamanya!!