Taman Tema Hong Kong Disneyland
Tomorrowland
Remaja, Remaja, Dewasa
Jatuhan Besar, Tunggangan Mengujakan, Gelap, Bising
Debaran makin terasa semasa anda meroket kedalam pertempuran Star Wars™ yang sedang berlangsung di dalam tarikan klasik Space Mountain!
Elakkan semburan api semasa anda melalui pertempuran hebat antara Rebel X-wing starfighters dan Imperial TIE fighters. Ia seakan babak epik sama seperti dipetik daripada filem Star Wars!
Pengembaraan bermula semasa Admiral Ackbar menerangkan secara ringkas tentang misi anda: Rebel Alliance perlukan bantuan anda menerbangkan kapal peninjau bagi meninjau kapal Imperial, Star Destroyer yang dilihat di Jakku—sebua planet terpencil yang di paparkan di dalam filem terbaru , Star Wars: The Force Awakens. X-wing squadron elit mengiringi anda ke dalam hiper angkasa. Anda tiba di destinasi bagi mencari Star Destroyer menunggu anda, dikelilingi oleh ramai TIE fighters. Ianya satu perangkap!
Semasa Pemberontak berjuang bersungguh memerangi kapal Imperial, anda terperangkap di baraj percikan api berwarna merah dan hijau. Kelajuan dan putaran menjadi lebih hebat semasa skuadron Pemberontak memulakan serangan terakhir dan terhebat mereka menentang Star Destroyer. Teruskan berada pada sasaran… keseronokan tidak terhingga di Hyperspace Mountain!