Wandering Oaken’s Sliding Sleighs

Terletak di
World of Frozen  di
Taman Tema Hong Kong Disneyland
Untuk mengalu-alukan pelawat ke Arendelle dari seluruh dunia, Oaken telah membina coaster karnival mesra keluarga di belakang Pos Perdagangannya yang dipanggil Wandering Oaken’s Sliding Sleighs yang bergerak pantas merentasi Landskap Hutan Arendelle yang lasak dan indah.
-
Beli Akses Premier Disney

Kejutan di belakang Pos Perdagangan

Oaken bukan sahaja mengambil inspirasi daripada kereta luncur Kristoff bagi reka bentuk permainan, tetapi juga mendapat bantuan daripada rakan rusa kutubnya, Sven, untuk menggerakkannya! Apabila anda memulakan perjalanan menaiki kereta luncur anda, anda akan mendapati Olaf menunggang di atas belakang Sven, menjuntaikan hidung lobak merahnya di hadapan mulut Sven yang terbuka sambil dia bersungguh-sungguh berlari ke hadapan di atas sawat injak yang mengerakkan seluruh alat itu. Kemudian sebelum anda menyedarinya, anda mendapati diri anda mengezum merentasi bukit, melalui gua dan perairan fjord, membawa anda dalam pengembaraan yang indah melalui keindahan semula jadi Arendelle!

Peta

Lain-lain yang Anda Mungkin Sukai

Buy Disney Premier Access (Single) Terbuka