Walt’s Cafe

Hong Kong Disneyland Hotel

Vegetarian, Barat Hidangan

Perkhidmatan meja, Tempahan Diterima, Menjamu Selera Mewah/Berjenama

$$$ (HK$200 - HK$500) uiplus.tooltip.alt

Rasai suasana romantik era Victorian zaman silam sambil anda menikmati hidangan lazat yang memberi penghormatan kepada Walt Disney.

Masakan Klasik Sepanjang Zaman untuk Kelazatan Hari Ini

Menjamu selera dengan hidangan antarabangsa elegan diilhamkan oleh Walt Disney bagi sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Jemput keluarga dan rakan-rakan anda untuk berehat dengan makanan yang menyelerakan, layanan cemerlang sambil menikmati dekorasi Victoria – berlatarbelakangkan dinding berwarna krim yang menenangkan, acuan kayu gelap, sorotan tembaga berkilauan dan hiasa antik candelier. Merenung ke luar tingkap dan nikmati pemandangan taman Hong Kong Disneyland Hotel dan Laut China Selatan.

Hidangan istimewa tengah hari termasuk burger daging Wagyu yang lazat, nasi goreng Indonesia yang enak, rusuk daging lembu stu Korea dan bufet Meja Walt ini. Manakala makan malam terdiri dari stik daging batang pinang dengan sayur-sayuran bermusim, rak panggang kambing Australia, linguine telur dengan filet anak lembu dimasak perlahan, ayam mentega Bombay yang menggoda, udang Galah Boston panggang dan Taman bar salad Garden Walt yang segar.

Mulakan hari Sabtu atau Ahad anda dengan sarapan pagi dan makan tengah hari yang hebat di hujung minggu. Rasai bufet kontinental kami atau pesan salah satu keistimewaan kami seperti ikan kod miso ditumis bermentega bersama sos dill beurre blanc lemon. Jangan lupa untuk melengkapkan hidangan anda dengan coklat panas pengenalan kami!

Menu Halal disediakan berdasarkan permintaan. Sila tanya pelayan anda untuk mendapatkan bantuan.

Untuk mengetahui sejarah yang menarik, pastikan anda melihat lebih daripada 60 gambar vintaj Walt Disney menghiasi dinding kafe.

Semua item menu adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis.

Lelaki Yang Memberi Inspirasi Kepada Hong Kong Disneyland

Walt Disney mengasaskan Syarikat Walt Disney dan mengimpikan Mickey Mouse dan Disneyland Resort yang asal. Walt dilahirkan di Chicago pada tahun 1901 dan membesar di sebuah bandar kecil di Missouri. Beliau sentiasa berminat terhadap seni bina Amerika tengah Victoria dipenuhi hiasan yang diingati semenjak zaman mudanya, walaupun selepas dia telah berpindah ke barat iaitu California dan menjadi legenda Hollywood.

Cinta Walt terhadap keindahan seni bina Victoria yang halus mendorong beliau mewujudkan Main Street, U.S.A. sebagai pintu masuk ke taman tema atas nama beliau. Reka bentuk dan hiasan daripada Walt Cafe memberi penghormatan kepada Walt Disney dan keanggunan kasual romantis yang memberinya –begitu juga dunia ini-dengan penuh kegembiraan.

Tempahan

Untuk pertanyaan atau untuk membuat tempahan, sila hubungi +852 3510-6000. Tempahan lebih awal amat disyorkan dan boleh dibuat sehingga 42 hari sebelum hari lawatan anda-atau 120 hari sebelum tarikh ketibaan anda jika anda tinggal di Hong Kong Disneyland Hotel.

Tetamu di bawah 18 tahun mesti mendapat kebenaran ibu atau bapa atau penjaga untuk membuat panggilan.

Walt’s Cafe

7:30 - 22:30
a11y.beginsTooltip a11y.endsTooltip