Comet Cafe

Terletak di
Tomorrowland  di
Taman Tema Hong Kong Disneyland
Cubalah sajian kegemaran Asia seperti mi dan Nasi yang istimewa untuk kelainan.
-

Kemasukan ke Taman yang Sah Diperlukan

Kelazatan Orbit

Rasai hidangan masa depan di restoran perkhidmatan pantas terbuka ini yang menyerupai sayap sebuah kapal angkasa yang hebat. Hantar ekspedisi solar untuk mencuba hidangan di 2 stesen- Sajian Nasi dan Mi yang Istimewa- dengan hidangan lazat pastinya mereka memberikan cahaya di langit malam dengan jejak warna-warni kepuasan masakan.

Kunjungilah Bahagian Nasi untuk menikmati sajian yang pedas seperti Hirisan Daging Lembu Brais dan Telur hancur dengan Nasi atau kombo Cop Daging Khinzir Kari Jepun dengan Nasi. Tinjau sajian Mi Istimewa untuk sajian mi berkuah yang sangat enak seperti galaksi Milky Way—menampilkan Jejari Ketam Jumbo dan Sanuki Udon Makanan Laut atau Sanuki Udon Daging Khinzir Panggang

Adakah inersia planet mula mempengaruhi kelajuan anda? Selepas menjamu selera dengan makanan lazat di Comet Cafe, anda bersedia untuk perjalanan anda yang seterusnya di sekitar sistem solar!

Semua item menu adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis.

Peta

Lain-lain yang Anda Mungkin Sukai

View Menu