Taman Tema Hong Kong Disneyland
Toy Story Land
Kemasukan ke Taman yang Sah Diperlukan
Semua Peringkat Umur
Melapor diri untuk bertugas di samping Buzz Lightyear daripada filem Disney•Pixar, Toy Story.
Buzz Lightyear ialah figura aksi renjer angkasa yang berani, yang mempunyai pancaran laser, boleh berkarate dan memiliki sayap yang boleh dikeluarkan. Woody dan beliau berkawan baik dan merupakan mainan kegemaran Andy. Selepas melengkapkan misi utamanya untuk menewaskan Emperor Zurg yang kejam, kini perhatian Buzz lebih tertumpu untuk bergembira bersama-sama ahli keluarga mainannya.
A Story Toy
Mainan Andy hidup dengan gembira bersama-sama di bawah kepimpinan Woody, sehinggalah hari jadi Andy memperkenalkan Buzz Lightyear kepada keluarga ini. Woody merancang untuk menentang Buzz kerana bimbang tidak akan menjadi pilihan Andy lagi. Namun, apabila situasi memisahkan Buzz dan Woody daripada pemilik mereka, pasangan tersebut akhirnya belajar untuk mengenepikan perbezaan mereka dan mula berkawan.