Taman Tema Hong Kong Disneyland
Main Street, U.S.A.
Kemasukan ke Taman yang Sah Diperlukan
Semua Peringkat Umur
Bertemu Donald Duck bersama orang kesayangan di penghujung Main Street, U.S.A.
Sosialit yang sofistikated ini suka bergambar dan dan bertemu rakan baru. Daisy telah mengambil peluang untuk berehat dari kegemaran masa lapang beliau-berkebun, membakar kek dan membeli-belah- meluangkan masa bersama anda.
Daisy Duck menikmati segala-galanya tentang fesyen, termasuk mencari pakaian yang sempurna semasa membeli-belah dengan rakan karibnya, Minnie Mouse. Daisy adalah seorang wanita yang sukakan perhatian, tetapi perhatian Donald adalah yang paling penting buat dirinya. Mereka adalah pasangan yang sempurna dan tahu bagaimana untuk melembutkan kemarahan Donald dengan kelipan bulu matanya.
A Duck Darling
Daisy membuat debut filem beliau bersama teman lelakinya Donald dalam filem Mr. Duck Steps Out pada tahun 1940. Di sepanjang filem mereka bersama, Daisy yang juga sebagai tempat curahan romantis Donald, sentiasa berusaha untuk membantunya untuk menjadi yang terbaik! Si itik bertenaga ini juga telah menempa kejayaan di televisyen semasa bekerja dengan Minnie Mouse.