
“Momentous” Pertunjukan Hebat Waktu Malam
Persembahan yang dinanti-nantikan ini—yang dipenuhi dengan magik dan cahaya—akan menerangi langit malam dengan kira-kira 20 minit muzik dan detik-detik yang tidak dapat dilupakan dalam satu perjalanan yang monumental.
Masa –

Layari Perjalanan Kehidupan dengan Kisah dan Watak Disney
Dengan penceritaan yang hebat dan menyentuh perasaan, hampir 40 detik klasik Disney dan hampir 150 watak Disney dan Pixar yang disayangi, "Momentous" yang berlatarkan enam bab ini bukan sahaja akan menghidupkan Castle of Magical Dreams yang ikonik, tetapi juga membawa tetamu dalam perjalanan hidup yang menakjubkan. Pertunjukan baharu in akan mengingatkan kita betapa berharganya masa dan mengingatkan kita supaya menghargai setiap detik bersama orang tersayang.

Kesan Multisensori Membantu Menghidupkan Istana
"Momentous" akan merangsang deria anda dengan unsur multimedia yang hebat, termasuk teknologi pemetaan unjuran 3D berskala besar, air pancut berkoreografi, unjuran air bercahaya, laser, pencahayaan teater, piroteknik dan kesan bunga api. Selain itu, lagu klasik Disney yang diberi nafas baharu akan turut didendangkan. Pengalaman yang mengasyikkan ini pasti akan memikat hati, mengukir senyuman dan membangkitkan semula memori indah.

Persembahan Santai
Persembahan Santai “Momentous” Pertunjukan Hebat Waktu Malam akan diadakan pada hari Jumaat pertama setiap bulan (kecuali 4 Disember 2026 dan 1 Januari 2027). Tetamu dengan keperluan khas boleh klik DI SINI untuk mendapatkan maklumat lanjut.



