Peraturan dan Undang-undang Pusat Rekreasi Inspiration Lake

Para Tetamu yang Dihormati,


Selamat datang ke Pusat Rekreasi Inspiration Lake (“Pusat”)! Kami berusaha keras untuk menawarkan pengalaman yang selesa, selamat dan menyeronokkan untuk semua Tetamu kami. Anda boleh membantu kami dengan mengingati dan mematuhi perkara yang berikut:

  • Untuk keselesaan semua Tetamu, merokok tidak dibenarkan di dalam Pusat.
  • Haiwan (kecuali anjing khidmat, anjing pemandu, dan anjing pemandu yang sedang menjalani latihan) tidak dibenarkan dibawa masuk ke Pusat melainkan jika kami memberikan kebenaran sebaliknya. Anjing khidmat bermaksud anjing yang dilatih untuk melakukan kerja atau menjalankan tugas bagi, dan untuk membantu, orang yang kurang upaya. Anjing khidmat, anjing pemandu dan anjing pemandu dalam latihan mesti kekal diikat dengan tali cawak atau abah-abah dan dikawal pemilik atau pengendali masing-masing pada setiap masa. Kerana sifat sesetengah kenderaan atau kemudahan, anjing khidmat, anjing pemandu dan anjing pemandu dalam latihan mungkin tidak dibenarkan menaiki kenderaan atau memasuki kemudahan tertentu.
  • Sila hormati para Tetamu yang lain dan juga Pekerja kami dengan tidak menggunakan kata-kata kesat mahupun bertindak dalam cara yang tidak selamat, haram, mengganggu atau menjelikkan.
  • Demi keselamatan anda dan Tetamu lain serta para Pekerja, anda mesti mematuhi semua notis di dalam Pusat ini dan juga arahan yang diberi oleh Pekerja.
  • Sila awasi anak-anak anda dan jaga warga emas pada setiap masa. Untuk menaiki bot pedal atau basikal beroda empat, Tetamu yang berusia di bawah 18 tahun perlu ditemani seseorang yang berusia 18 tahun dan ke atas.
  • Kami berhak untuk tidak membenarkan sebarang beg, bungkusan atau item lain dibawa ke dalam Pusat dan kami berhak mengurus sebarang objek yang tidak berjaga mengikut cara yang kami anggap sesuai.

Item-item berikut tidak boleh dibawa ke dalam Pusat:

  • Peranti pergerakan beroda berkuasa elektrik (kecuali kerusi roda yang mempunyai sekurang-kurangnya 3 roda dan bergerak pada kelajuan berjalan kaki).
  • Sebarang jenis senjata atau objek yang kelihatan atau dianggap sebagai senjata.
  • Bahan-bahan yang berbahaya.
  • Barang yang dilarang oleh mana-mana undang-undang Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong Republik Rakyat China.
  • Item-item lain yang, menurut budi bicara kami, mungkin berbahaya, mengganggu, menjelikkan atau mungkin menghalang operasi Pusat atau kemudahan lain yang berkaitan.

Aktiviti-aktiviti berikut tidak dibenarkan di dalam Pusat:

  • Berenang atau menyelam.
  • Bermain air di dalam atau di tepi tasik atau air terjun, atau memasuki kawasan tasik atau air terjun, melainkan jika dibenarkan sebaliknya.
  • Menyalakan api, memanggang, memasak atau mengendalikan makanan yang melibatkan penggunaan haba.
  • Bermain layang-layang, dron atau peranti terbang kawalan jauh.
  • Memberikan makanan kepada haiwan di dalam Pusat, termasuklah tetapi tidak terhad kepada burung dan ikan.
  • Penjualan atau pertukaran barangan atau perkhidmatan, atau paparan barangan atau perkhidmatan untuk jualan atau pertukaran, atau permintaan untuk penjualan atau pertukaran barangan atau perkhidmatan, di mana barangan termasuk tetapi tidak terhad kepada barangan berjenama Disney, dan perkhidmatan termasuk tetapi tidak terhad kepada perkhidmatan pelancongan atau perkhidmatan fotografi dalam apa jua bentuk, tanpa kebenaran kami.
  • Mengedarkan sebarang jenis bahan bercetak atau rakaman.
  • Acara, demonstrasi atau ucapan yang tidak dibenarkan, atau penggunaan mana-mana bendera, sepanduk atau papan tanda, atau untuk menghasut orang ramai, dan perhimpunan awam yang tidak dibenarkan lain.
  • Fotografi, rakaman video, apa-apa jenis rakaman kecuali untuk kegunaan peribadi.
  • Terlibat dalam tindakan yang tidak selamat, tindakan lain yang mungkin menghalang operasi Pusat atau sebarang kemudahan lain yang berkaitan.
  • Apa-apa aktiviti yang melanggar mana-mana undang-undang Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong Republik Rakyat China.
Kami berhak untuk tidak membenarkan anda masuk, atau meminta individu yang telah memasuki Pusat untuk meninggalkan Pusat ini kerana gagal mematuhi mana-mana peraturan Pusat, berkelakuan dalam cara yang tidak selamat, haram, mengganggu atau menjelikkan, kerana kelakuan tidak wajar, untuk memastikan keselamatan, sekuriti atau ketenangan, atau jika kami menganggap bahawa keadaan itu sesuai untuk diambil tindakan.

Kami tidak akan bertanggungjawab dan tidak menerima sebarang liabiliti bagi sebarang kerosakan atau kehilangan terhadap harta atau barang milik mana-mana Tetamu, sama ada kerosakan atau kehilangan tersebut disebabkan oleh kecuaian kami atau sebaliknya.

Untuk tujuan peraturan ini, “kami” bermakna sama ada Hongkong International Theme Parks Limited atau Hong Kong Disneyland Management Limited, atau kedua-duanya sekali.

Peraturan-peraturan ini ditadbir oleh undang-undang Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong di Republik Rakyat China.

Jika berlaku sebarang konflik atau ketidakonsistenan antara versi-versi bahasa peraturan ini, versi bahasa Inggeris akan diutamakan.

Jika anda mempunyai sebarang soalan, sila bertanya kepada Pekerja kami.

Semoga Hari Anda Mempesonakan!