- Tawaran Hotel Black Friday
Butiran Penting- Tawaran ini hanya tersedia kepada tetamu yang memenuhi semua kriteria yang berikut (“TetamuYang Layak”):
- berumur 18 tahun ke atas;
- menempah penginapan hotel di Hong Kong Disneyland Hotel, Disney Explorers Lodge atau Disney's Hollywood Hotel (setiap “Hotel”) semasa tempoh 14 November 2025 hingga 12 Disember 2025 (“Tempoh Tawaran”);
- mendaftar masuk dalam tempoh berikut:
- untuk Hong Kong Disnyeland Hotel: tarikh yang dipilih antara tarikh terpilih dari 2 Januari 2026 hingga 30 September 2026 (termasuk kedua-dua tarikh) dengan tarikh daftar keluar pada atau sebelum 1 Oktober 2026, kecuali setiap hari Sabtu pada bulan Julai 2026 dan Ogos 2026 dan pada tarikh sekatan yang berikut: 17 hingga 21 Februari 2026, 3 hingga 6 April 2026, 1 hingga 4 Mei 2026 dan 25 hingga 27 September 2026; atau
- untuk Disney Explorers Lodge: tarikh terpilih antara 2 Januari 2026 dan 31 Oktober 2026 (termasuk kedua-dua tarikh) dengan tarikh daftar keluar pada atau sebelum 1 November 2026, kecuali pada tarikh sekatan yang berikut: 17 hingga 21 Februari 2026, 3 hingga 6 April 2026, 1 hingga 4 Mei 2026, 25 hingga 27 September 2026 dan 1 hingga 6 Oktober 2026; atau
- untuk Disney’s Hollywood Hotel: tarikh terpilih antara 2 Januari 2026 dan 31 Oktober 2026 (termasuk kedua-dua tarikh) dengan tarikh daftar keluar pada atau sebelum 1 November 2026 kecuali pada tarikh sekatan berikut: 17 hingga 21 Februari 2026, 3 hingga 6 April 2026, 1 hingga 4 Mei 2026, 25 hingga 27 September 2026 dan 1 hingga 6 Oktober 2026; dan
- merupakan salah seorang Tetamu yang menginap di bilik Hotel.
- Tawaran ini boleh digunakan untuk Bilik Pemandangan Laut, Bilik Pemandangan Laut dengan Balkoni dan Bilik Kelab Kingdom di Hong Kong Disneyland Hotel; dan Blik Pemandangan Laut dalam Disney Explorers Lodge atau Disney Hollywood Hotel.
- Tetamu yang Layak dikehendaki memberikan namanya, maklumat kad kredit dan bentuk data peribadi yang lain kerana Hongkong International Theme Parks Limited (“HKITP”) mungkin perlu melengkapkan tempahan dan transaksi pembayaran.
- Harga bilik semasa untuk setiap bilik Hotel ditentukan pada masa tempahan.
- “Caj Bilik” termasuk: (i) kadar bilik yang berkenaan yang ditentukan berdasarkan tarikh daftar masuk dan daftar keluar, Hotel dan kategori bilik yang dipilih serta kadar bilik semasa (tertakluk pada ketersediaan dan mana-mana Had Manfaat mengikut terma yang ditakrifkan dalam Terma dan Syarat Umum Hotel di https://www.hongkongdisneyland.com/ms/hotel-general-terms-conditions/ (“Terma dan Syarat Umum Hotel”)); (ii) apa-apa Surcaj yang disebut dalam Perenggan 6 di bawah; (iii) caj perkhidmatan 10% atas caj (i) dan (ii); (iv) apa-apa caj tambahan untuk item tambahan (“Caj Tambahan”) dan (v) cukai kerajaan yang dikenakan atas caj (i), (ii) dan (iv).
- Caj tambahan sebanyak HK$200 bagi setiap orang untuk setiap malam (tertakluk pada caj perkhidmatan 10% dan cukai kerajaan yang dikenakan) akan dikenakan kepada tetamu ketiga dan keempat yang berusia 12 tahun dan ke atas ("Tetamu Tambahan") yang menginap di dalam bilik Hotel yang sama (“Surcaj”).
- Tertakluk pada Perenggan 6 di atas, setiap bilik Hotel boleh menampung sehingga maksimum empat orang tetamu. Sekurang-kurangnya seorang dewasa mesti menginap di setiap bilik Hotel.
- Bayaran penuh Caj Tempahan akan dikenakan untuk setiap tempahan pada waktu tempahan.
- Setiap Tetamu yang Layak boleh menempah maksimum lima bilik dengan tarikh daftar masuk dan daftar keluar yang sama.
- Penukaran nama mana-mana tetamu tidak dibenarkan dalam apa-apa jua keadaan.
- Tetamu boleh membatalkan atau meminda tempahan sekurang-kurangnya 30 hari sebelum daftar masuk bilik Hotel. Malam pertama penginapan Hotel dan Caj Tempahan (ii), (iii) serta (v) akan dikenakan bayaran jika terdapat apa-apa pembatalan yang dilakukan setelah tempoh yang dinyatakan dalam perenggan ini atau tidak hadir. Pindaan tempahan tertakluk pada ketersediaan dan Had Manfaat (seperti yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat Umum Hotel), dan tiada perubahan dibenarkan selepas tempoh yang ditetapkan di dalam perenggan ini.
- Tawaran tidak boleh diberikan komisen.
- Tawaran ini tidak termasuk kemasukan ke Taman Tema Hong Kong Disneyland (“Taman Tema”). Tetamu dikehendaki mempunyai tiket kemasukan yang sah dan membuat tempahan lawatan Taman Tema sebelum melawati Taman Tema. Tempahan lawatan taman tema bagi setiap jenis tiket atau kad keahlian adalah tertakluk pada kuota yang terhad. Tempahan tidak akan diterima apabila kuota masing-masing penuh.
- Apabila memasuki Taman Tema, tetamu dikehendaki menunjukkan tiketnya dan diambil gambarnya (atau menunjukkan pengenalan diri* seperti yang mungkin dikehendaki oleh HKITP dari semasa ke semasa) untuk pengesahan. Tiket, cap tangan, foto dan/atau pengenalan diri lain seperti kerana HKITP mungkin dari semasa ke semasa memerlukannya untuk memasuki semula Taman Tema dan naik taraf tiket (jika berkenaan). Jika tetamu memilih untuk gambar anak mereka tidak diambil, mereka boleh, sebelum masuk ke Taman Tema, bertanya kepada Barisan Pelakon tentang kaedah pengesahan alternatif yang mungkin disediakan oleh HKITP dari semasa ke semasa#.
*Contoh pengenalan diri termasuklah tetapi tidak terhad kepada: Kad Pengenalan Hong Kong, pasport atau dokumen pengenalan bergambar lain yang boleh diterima oleh HKITP (untuk kanak-kanak yang berumur 3 hingga 11 tahun, buku panduan sekolah atau sijil lahir bersama dengan dokumen pengenalan bergambar yang lain; untuk pelajar sepenuh masa yang berumur 12 hingga 25 tahun, buku panduan sekolah atau pusat pengajian atau kad pelajar sepenuh masa dengan dokumen pengenalan bergambar).
#Contoh kaedah pengesahan alternatif mungkin termasuk mengemukakan pengenalan bergambar tetamu yang berkaitan kepada Barisan Pelakon kami dan nama tetamu dicetak atau disimpan secara elektronik bersama tiket. Nama yang telah direkodkan tidak boleh diubah.
HKITP boleh menolak kemasukan ke Taman Tema dan/atau naik taraf tiket kepada mana-mana tetamu yang umur, identiti atau kelayakan lain untuk menggunakan tiket tidak dapat disahkan oleh HKITP. - HKITP mempunyai hak untuk (i) mengubah atau menambah terma dan syarat ini; (ii) menetapkan atau mengubah harga, tamat tempoh dan/atau tarikh sekatan bagi mana-mana tiket, pas, baucar atau pengesahan, produk, perkhidmatan, tawaran, diskaun atau promosi; dan (iii) menamatkan atau menggantung ketersediaan mana-mana tawaran, diskaun atau promosi, bagi setiap kes, pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa tanpa notis terdahulu.
- Tawaran ini, peruntukan bilik, produk dan perkhidmatan serta kemasukan ke Hotel, Taman Tema dan/atau bahagian lain Hong Kong Disneyland Resort (“Resort”) dan penggunaan kemudahan di sana adalah tertakluk pada (i) “Sorotan Tawaran” dan “Butiran Penting” yang dinyatakan dalam semua halaman yang berkaitan di laman web Hong Kong Disneyland di http://www.hongkongdisneyland.com (“Laman Web”), (ii) terma dan syarat ini, Terma dan Syarat Umum Hotel, Terma dan Syarat Umum di https://www.hongkongdisneyland.com/ms/ticket-general-terms-conditions, (iii) peraturan dan undang-undang yang terpakai untuk lokasi atau kemudahan yang disebutkan (termasuk tanpa had, Peraturan dan Undang-undang Taman Tema dan/atau Peraturan dan Undang-undang Hotel) yang dinyatakan di Laman Web, dan (iv) semua keperluan, sekatan dan perubahan lain ditentukan oleh HKITP mengikut budi bicara mutlaknya tanpa notis awal atau notis lanjut. HKITP boleh dari semasa ke semasa, tanpa notis terlebih dahulu dan tanpa bayaran kembali atau pampasan, (a) membuat atau mengubahsuai peraturan yang patut diikuti di dalam keseluruhan atau mana-mana bahagian Resort; (b) mengubah atau menyelaraskan syarat kemasukan atau mod operasi (termasuk tetapi tidak terhad kepada waktu operasi) bagi Resort atau mana-mana Hotel, lokasi, tarikan, pertunjukan, kedai, restoran, fasiliti atau kemudahan di tempatnya; (c) menutup atau menyelaraskan operasi untuk mana-mana tempoh bagi Resort atau mana-mana bahagiannya; (d) mengubahsuai, menempatkan semula, membersihkan atau menukar mana-mana lokasi, tarikan, pertunjukan, kedai, restoran, fasiliti atau kemudahan; (e) mengehadkan bilangan, kelas atau kelayakan orang yang memiliki akses ke Resort atau mana-mana bahagiannya; (f) menggantung atau membatalkan mana-mana tarikan; pertunjukan, fasiliti, kemudahan atau program hiburan atau pemasaran, tawaran, pengalaman atau aktiviti; dan/atau (g) mengenakan had ke atas pembelian mana-mana produk atau penggunaan mana-mana perkhidmatan atau fasiliti, bagi setiap kes atas sebab kapasiti, cuaca buruk atau peristiwa istimewa, bagi memastikan keselamatan, kesihatan, sekuriti atau ketenteraman, atau pematuhan kepada undang-undang, atau jika HKITP mempertimbangkan bahawa keadaan memerlukan perkara sedemikian.
- Tawaran tidak boleh digunakan bersama mana-mana tawaran lain, promosi, diskaun atau manfaat (termasuk tanpa pengehadantawaran “Manfaat Ekslusif Hotel”, manfaat Barisan Pelakon anda manfaat Ahli Akses Magik).
- Jika berlaku pertikaian, HKITP berhak untuk membuat keputusan muktamad bagi pertikaian tersebut, dan sebaliknya, berhubungan dengan tawaran ini.
- Jika berlaku sebarang konflik atau ketakkonsistenan antara Terma dan Syarat versi bahasa Inggeris dengan bahasa lain, versi bahasa Inggeris akan diutamakan.
- Tawaran ini dibuat mengikut undang-undang Kawasan Pentadbiran Khas Hong Kong Republik Rakyat China (“HKSAR”) sahaja. Pakej ini hanya boleh ditebus di HKSAR menurut terma dan syarat ini. HKITP tidak membuat perwakilan bahawa pembelian, penebusan atau penggunaan pakej ini sesuai atau boleh didapati di lokasi lain dan pakej ini tidak sah dalam mana-mana bidang kuasa yang pembelian, penebusan atau penggunaan pakej sedemikian dilarang atau disekat oleh undang-undang Orang yang memilih untuk membeli, menebus atau menggunakan pakej ini berbuat demikian atas inisiatif mereka sendiri dan bertanggungjawab untuk mematuhi undang-undang tempatan, jika dan setakat mana undang-undang terpakai.
- Terma dan syarat ini akan ditadbir dan ditafsirkan mengikut undang-undang HKSAR.
- Terma dan syarat ini merupakan perjanjian antara HKITP dengan Tetamu yang Layak membeli pakej. Orang yang bukan pihak kepada perjanjian ini tidak akan mempunyai apa-apa hak di bawah Ordinan Kontrak (Hak Pihak Ketiga) (Bab 623 Undang-undang Hong Kong) untuk menguatkuasakan apa-apa terma perjanjian ini.
Tawaran Hotel Black Friday
Butiran Penting- Tawaran ini hanya tersedia kepada tetamu yang memenuhi semua kriteria yang berikut (“TetamuYang Layak”):
- berumur 18 tahun ke atas;
- menempah penginapan dua (2) malam berturut-turut di Hong Kong Disneyland Hotel, Disney Explorers Lodge atau Disney's Hollywood Hotel (setiap “Hotel”) semasa tempoh 14 November 2025 hingga 12 Disember 2025 (“Tempoh Tawaran”);
- mendaftar masuk dalam tempoh berikut:
- untuk Hong Kong Disnyeland Hotel: tarikh yang dipilih antara tarikh terpilih dari 2 Januari 2026 hingga 29 September 2026 (termasuk kedua-dua tarikh) dengan tarikh daftar keluar pada atau sebelum 1 Oktober 2026, kecuali setiap hari Sabtu pada bulan Julai 2026 dan Ogos 2026 dan pada tarikh sekatan yang berikut: 17 hingga 21 Februari 2026, 3 hingga 6 April 2026, 1 hingga 4 Mei 2026 dan 25 hingga 27 September 2026; atau
- untuk Disney Explorers Lodge: tarikh terpilih antara 2 Januari 2026 dan 30 Oktober 2026 (termasuk kedua-dua tarikh) dengan tarikh daftar keluar pada atau sebelum 1 November 2026, kecuali pada tarikh sekatan yang berikut: 17 hingga 21 Februari 2026, 3 hingga 6 April 2026, 1 hingga 4 Mei 2026, 25 hingga 27 September 2026 dan 1 hingga 6 Oktober 2026; atau
- untuk Disney’s Hollywood Hotel: tarikh terpilih antara 2 Januari 2026 dan 30 Oktober 2026 (termasuk kedua-dua tarikh) dengan tarikh daftar keluar pada atau sebelum 1 November 2026 kecuali pada tarikh sekatan berikut: 17 hingga 21 Februari 2026, 3 hingga 6 April 2026, 1 hingga 4 Mei 2026, 25 hingga 27 September 2026 dan 1 hingga 6 Oktober 2026; dan
- merupakan salah seorang Tetamu yang menginap di bilik Hotel.
- Tawaran ini boleh digunakan untuk Bilik Standard dan Bilik Deluxe di Hong Kong Disneyland Hotel, Disney Explorers Lodge atau Disney’s Hollywood Hotel.
- Tetamu yang Layak dikehendaki memberikan namanya, maklumat kad kredit dan bentuk data peribadi yang lain kerana Hongkong International Theme Parks Limited (“HKITP”) mungkin perlu melengkapkan tempahan dan transaksi pembayaran.
- Harga bilik semasa untuk setiap bilik Hotel ditentukan pada masa tempahan.
- “Caj Bilik” termasuk: (i) kadar bilik yang berkenaan yang ditentukan berdasarkan tarikh daftar masuk dan daftar keluar, Hotel dan kategori bilik serta kadar bilik semasa yang ditetapkan (tertakluk pada ketersediaan dan mana-mana Had Manfaat mengikut terma yang ditakrifkan dalam Terma dan Syarat Umum Hotel di https://www.hongkongdisneyland.com/ms/hotel-general-terms-conditions/ (“Terma dan Syarat Umum Hotel”)); (ii) apa-apa Surcaj yang disebut dalam Perenggan 6 di bawah; (iii) caj perkhidmatan 10% atas caj (i) dan (ii); (iv) apa-apa caj tambahan untuk item tambahan (“Caj Tambahan”) dan (v) cukai kerajaan yang dikenakan atas caj (i), (ii) dan (iv).
- Caj tambahan sebanyak HK$200 bagi setiap orang untuk setiap malam (tertakluk pada caj perkhidmatan 10% dan cukai kerajaan yang dikenakan) akan dikenakan kepada tetamu ketiga dan keempat yang berusia 12 tahun dan ke atas ("Tetamu Tambahan") yang menginap di dalam bilik Hotel yang sama (“Surcaj”).
- Tertakluk pada Perenggan 6 di atas, setiap bilik Hotel boleh menampung sehingga maksimum empat orang tetamu. Sekurang-kurangnya seorang dewasa mesti menginap di setiap bilik Hotel.
- Bayaran penuh Caj Tempahan akan dikenakan untuk setiap tempahan pada waktu tempahan.
- Setiap Tetamu yang Layak boleh menempah maksimum lima bilik dengan tarikh daftar masuk dan daftar keluar yang sama.
- Perubahan nama Tetamu tidak dibenarkan dalam apa-apa jua keadaan.
- Tetamu boleh membatalkan atau meminda tempahan sekurang-kurangnya 30 hari sebelum daftar masuk bilik Hotel. Malam pertama penginapan Hotel dan Caj Tempahan (ii), (iii) serta (v) akan dikenakan bayaran jika terdapat apa-apa pembatalan yang dilakukan setelah tempoh yang dinyatakan dalam perenggan ini atau tidak hadir. Pindaan tempahan tertakluk pada ketersediaan dan Had Manfaat (seperti yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat Umum Hotel), dan tiada perubahan dibenarkan selepas tempoh yang ditetapkan di dalam perenggan ini.
- Tawaran tidak boleh diberikan komisen.
- Tawaran ini tidak termasuk kemasukan ke Taman Tema Hong Kong Disneyland (“Taman Tema”). Semua tetamu dikehendaki membuat tempahan dengan tiket atau kad keahlian yang sah sebelum melawat ke Taman Tema. Tempahan lawatan taman tema bagi setiap jenis tiket atau kad keahlian adalah tertakluk pada kuota yang terhad. Tempahan tidak akan diterima apabila kuota masing-masing penuh.
- Apabila memasuki Taman Tema, tetamu dikehendaki menunjukkan tiketnya dan diambil gambarnya (atau menunjukkan pengenalan diri* seperti yang mungkin dikehendaki oleh HKITP dari semasa ke semasa) untuk pengesahan. Tiket, cap tangan, foto dan/atau pengenalan diri lain seperti kerana HKITP mungkin dari semasa ke semasa memerlukannya untuk memasuki semula Taman Tema dan naik taraf tiket (jika berkenaan). Jika tetamu memilih untuk gambar anak mereka tidak diambil, mereka boleh, sebelum masuk ke Taman Tema, bertanya kepada Barisan Pelakon tentang kaedah pengesahan alternatif yang mungkin disediakan oleh HKITP dari semasa ke semasa#.
*Contoh pengenalan diri termasuklah tetapi tidak terhad kepada: Kad Pengenalan Hong Kong, pasport atau dokumen pengenalan bergambar lain yang boleh diterima oleh HKITP (untuk kanak-kanak yang berumur 3 hingga 11 tahun, buku panduan sekolah atau sijil lahir bersama dengan dokumen pengenalan bergambar yang lain; untuk pelajar sepenuh masa yang berumur 12 hingga 25 tahun, buku panduan sekolah atau pusat pengajian atau kad pelajar sepenuh masa dengan dokumen pengenalan bergambar).
#Contoh kaedah pengesahan alternatif mungkin termasuk mengemukakan pengenalan bergambar tetamu yang berkaitan kepada Barisan Pelakon kami dan nama tetamu dicetak atau disimpan secara elektronik bersama tiket. Nama yang telah direkodkan tidak boleh diubah.
HKITP boleh menolak kemasukan ke Taman Tema dan/atau naik taraf tiket kepada mana-mana tetamu yang umur, identiti atau kelayakan lain untuk menggunakan tiket tidak dapat disahkan oleh HKITP. - HKITP mempunyai hak untuk (i) mengubah atau menambah terma dan syarat ini; (ii) menetapkan atau mengubah harga, tamat tempoh dan/atau tarikh sekatan bagi mana-mana tiket, pas, baucar atau pengesahan, produk, perkhidmatan, tawaran, diskaun atau promosi; dan (iii) menamatkan atau menggantung ketersediaan mana-mana tawaran, diskaun atau promosi, bagi setiap kes, pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa tanpa notis terdahulu.
- Tawaran ini, peruntukan bilik, produk dan perkhidmatan serta kemasukan ke Hotel, Taman Tema dan/atau bahagian lain Hong Kong Disneyland Resort (“Resort”) dan penggunaan kemudahan di sana adalah tertakluk pada (i) “Sorotan Tawaran” dan “Butiran Penting” yang dinyatakan dalam semua halaman yang berkaitan di laman web Hong Kong Disneyland di http://www.hongkongdisneyland.com (“Laman Web”), (ii) terma dan syarat ini, Terma dan Syarat Umum Hotel, Terma dan Syarat Umum di https://www.hongkongdisneyland.com/ms/ticket-general-terms-conditions, (iii) peraturan dan undang-undang yang terpakai untuk lokasi atau kemudahan yang disebutkan (termasuk tanpa had, Peraturan dan Undang-undang Taman Tema dan/atau Peraturan dan Undang-undang Hotel) yang dinyatakan di Laman Web, dan (iv) semua keperluan, sekatan dan perubahan lain ditentukan oleh HKITP mengikut budi bicara mutlaknya tanpa notis awal atau notis lanjut. HKITP boleh dari semasa ke semasa, tanpa notis terlebih dahulu dan tanpa bayaran kembali atau pampasan, (a) membuat atau mengubahsuai peraturan yang patut diikuti di dalam keseluruhan atau mana-mana bahagian Resort, (b) mengubah atau menyelaraskan syarat kemasukan atau mod operasi (termasuk tetapi tidak terhad kepada waktu operasi) bagi Resort atau mana-mana Hotel, lokasi, tarikan, pertunjukan, kedai, restoran, fasiliti atau kemudahan di tempatnya, (c) menutup atau menyelaraskan operasi untuk mana-mana tempoh bagi Resort atau mana-mana bahagiannya, (d) mengubahsuai, menempatkan semula, membersihkan atau menukar mana-mana lokasi, tarikan, pertunjukan, kedai, restoran, fasiliti atau kemudahan; (e) mengehadkan bilangan, kelas atau kelayakan orang yang memiliki akses ke Resort atau mana-mana bahagiannya, (f) menggantung atau membatalkan mana-mana tarikan, pertunjukan, fasiliti, kemudahan atau program hiburan atau pemasaran, tawaran, pengalaman atau aktiviti, dan/atau (g) mengenakan had ke atas pembelian mana-mana produk atau penggunaan mana-mana perkhidmatan atau fasiliti, bagi setiap kes atas sebab kapasiti, cuaca buruk atau peristiwa istimewa, bagi memastikan keselamatan, kesihatan, sekuriti atau ketenteraman, atau pematuhan kepada undang-undang, atau jika HKITP mempertimbangkan bahawa keadaan memerlukan perkara sedemikian.
- Tawaran tidak boleh digunakan bersama mana-mana tawaran lain, promosi, diskaun atau manfaat (termasuk tanpa pengehadantawaran “Manfaat Ekslusif Hotel”, manfaat Barisan Pelakon anda manfaat Ahli Akses Magik).
- Jika berlaku pertikaian, HKITP berhak untuk membuat keputusan muktamad bagi pertikaian tersebut, dan sebaliknya, berhubungan dengan tawaran ini.
- Jika berlaku sebarang konflik atau ketakkonsistenan antara Terma dan Syarat versi bahasa Inggeris dengan bahasa lain, versi bahasa Inggeris akan diutamakan.
- Tawaran ini dibuat mengikut undang-undang Kawasan Pentadbiran Khas Hong Kong Republik Rakyat China (“HKSAR”) sahaja. Pakej ini hanya boleh ditebus di HKSAR menurut terma dan syarat ini. HKITP tidak membuat perwakilan bahawa pembelian, penebusan atau penggunaan pakej ini sesuai atau boleh didapati di lokasi lain dan pakej ini tidak sah dalam mana-mana bidang kuasa yang pembelian, penebusan atau penggunaan pakej sedemikian dilarang atau disekat oleh undang-undang Orang yang memilih untuk membeli, menebus atau menggunakan pakej ini berbuat demikian atas inisiatif mereka sendiri dan bertanggungjawab untuk mematuhi undang-undang tempatan, jika dan setakat mana undang-undang terpakai.
- Terma dan syarat ini akan ditadbir dan ditafsirkan mengikut undang-undang HKSAR.
- Terma dan syarat ini merupakan perjanjian antara HKITP dengan Tetamu yang Layak membeli pakej. Orang yang bukan pihak kepada perjanjian ini tidak akan mempunyai apa-apa hak di bawah Ordinan Kontrak (Hak Pihak Ketiga) (Bab 623 Undang-undang Hong Kong) untuk menguatkuasakan apa-apa terma perjanjian ini.
Pernyataan Pengumpulan Maklumat Peribadi
Data peribadi yang dikumpulkan berhubung dengan atau apabila membeli, mengeluarkan atau menyediakan tiket, lawatan, produk dan perkhidmatan lain boleh digunakan untuk pemprosesan permintaan atau pertanyaan, menguatkuasakan terma urusan komersial, menghantar bahan pentadbiran kepada anda, kepada perniagaan dan pentadbiran dalaman kami, tujuan penyelidikan dan statistik atau tujuan lain yang berkaitan langsung atau untuk tujuan undang-undang, keselamatan atau keterjaminan. Peruntukan data peribadi untuk medan mandatori adalah wajib. Jika anda tidak memperuntukkan data peribadi sebegitu, kami mungkin tidak boleh memberi anda produk atau perkhidmatan yang diminta. Data peribadi boleh dipindahkan kepada pihak ketiga yang terlibat dalam tindakan memenuhi tujuan yang disebutkan di atas, atau orang lain sebegitu seperti yang dituntut oleh undang-undang. Senarai kelas orang yang data peribadinya boleh dipindahkan boleh ditemui di https://www.hongkongdisneyland.com/ms/privacy-legal/. Anda boleh meminta akses kepada dan meminta pembetulan data peribadi anda yang kami pegang. Permintaan tersebut boleh dibuat dengan menghantar e-mel kepada Pengurus Data Peribadi kami di personaldata@hongkongdisneyland.com. - Tawaran ini hanya tersedia kepada tetamu yang memenuhi semua kriteria yang berikut (“TetamuYang Layak”):
