Kepada Tetamu-tetamu Kami,
Selamat Datang ke Taman Tema Hong Kong Disneyland! Kami berusaha keras untuk menawarkan pengalaman yang selesa, selamat dan menyeronokkan untuk semua Tetamu kami. Anda boleh membantu kami dengan mengingati dan mematuhi perkara yang berikut:
Tiket, media kemasukan, kad keahlian Magic Access dan kelayakan lain tidak boleh dipindah milik, tidak boleh ditukar, tidak boleh dikembalikan, boleh dibatalkan dan terbatal jika diubah. Tiket mesti digunakan oleh orang yang sama semasa tempoh sahnya dan tidak sah untuk acara khas yang memerlukan caj kemasukan berasingan.
Perkara berikut tidak boleh dibawa masuk ke dalam Taman Tema:
Kami berhak untuk mengalihkan mana-mana kereta sorong bayi yang diletakkan tanpa notis awal, bayaran balik atau pampasan, untuk memastikan keselamatan, sekuriti atau ketenteraman, atau jika mengikut keadaan, kami perlu mengambil tindakan tersebut.
Untuk tujuan peraturan ini, “Syarikat”, “kami” and “kita” bererti sama ada atau kedua-dua Hongkong International Theme Parks Limited dan Hong Kong Disneyland Management Limited.
Peraturan ini dikawal oleh undang-undang Kawasan Pentadbiran Khas Hong Kong bagi Republik Rakyat China.
Jika berlaku sebarang konflik atau ketidakonsistenan antara versi-versi bahasa peraturan ini, versi bahasa Inggeris akan diutamakan.
Jika anda mempunyai sebarang soalan, sila bertanya kepada Ahli Pelakon kami.
Selamat Datang ke Taman Tema Hong Kong Disneyland! Kami berusaha keras untuk menawarkan pengalaman yang selesa, selamat dan menyeronokkan untuk semua Tetamu kami. Anda boleh membantu kami dengan mengingati dan mematuhi perkara yang berikut:
- Semua orang, beg, bungkusan, pakaian dan barangan lain mungkin tertakluk kepada saringan dan pemeriksaan keselamatan sebelum masuk ke dalam Taman Tema dan juga di dalam Taman Tema. Semua orang perlu melalui alat pengesan logam.
- Kami berhak untuk tidak membenarkan mana-mana beg, bungkusan atau barang lain dibawa ke dalam Tama Tema, dan menangani apa-apa objek tanpa pengawasan dengan cara yang kami anggap wajar.
- Tetamu harus menyimpan tiket, media kemasukan dan kad keahlian Magic Access semasa penginapan mereka di Taman dan mengemukakannya untuk semakan atas permintaan Ahli Pelakon kami.
- Tetamu adalah dibenarkan untuk membawa item makanan dan minuman luar ke dalam Taman untuk dimakan sendiri, dengan syarat item tersebut tidak perlu dipanaskan, dipanaskan semula, diproses, disejukkan atau dikawal suhu dan tidak berbau busuk. Contoh makanan yang tidak dibenarkan dalam Taman termasuk, tanpa pengehadan, mi segera yang perlu air panas, makanan yang disimpan dalam bekas dengan kebolehan dipanaskan semula dan buah durian.
- Sila tunjukkan budi bahasa kepada rakan-rakan Tetamu Taman Tema dan Ahli Pelakon kami dengan tidak menggunakan kata-kata kotor atau terlibat dalam tingkah laku yang tidak selamat, menyalahi undang-undang, mengganggu atau menyinggung perasaan. Demi keselamatan anda dan orang lain, mohon agar tidak berlari.
- Demi keselamatan anda dan Tetamu Taman Tema lain serta para Pekerja, anda mesti mematuhi semua notis di dalam Taman Tema ini dan juga arahan yang diberikan oleh Pekerja.
- Sila bayar untuk semua item barangan yang dipilih dari kedai atau lokasi runcit di kaunter pembayaran kedai/lokasi sebelum meninggalkan kedai atau lokasi runcit tersebut.
- Sila hormati rakan-rakan Tetamu Taman
tema semasa lawatan anda dan berhati-hati untuk tidak melanggar, menolak atau memotong orang lain dalam barisan. Selain itu, semua orang mesti tunggu bersama. Ahli kumpulan tidak dibenarkan menyertai ahli yang sudah berada dalam barisan. - Pakaian yang sesuai, termasuk kasut dan baju, mesti dipakai pada setiap masa. Melainkan dibenarkan atau digalakkan secara khusus oleh kami untuk acara atau program khas, kostum tidak boleh dipakai oleh Tetamu yang berumur 14 tahun ke atas. Pelitup muka tidak boleh dipakai oleh Tetamu yang berumur 14 tahun ke atas (melainkan diperlukan untuk tujuan perubatan atau pematuhan undang-undang). Apabila dipakai oleh Tetamu yang lebih muda, pelitup muka mesti memberikan penglihatan persisian yang tidak terhalang pada setiap masa dengan bukaan yang membolehkan mata dapat dilihat sepenuhnya.
- Untuk keselesaan semua Tetamu, merokok tidak dibenarkan dalam kawasan Taman Tema kecuali di kawasan merokok yang telah ditetapkan. Jika perlu, sila minta bantuan Pekerja kami.
- Anda bertanggungjawab atas keselamatan dan perlindungan barang peribadi anda pada setiap masa. Kami tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang kerosakan atau kehilangan harta benda atau barang milik mana-mana Tetamu, sama ada kerosakan atau bilik itu disebabkan oleh kecuaian kami atau sebaliknya.
- Sila letakkan kereta bayi di kawasan parkir kereta bayi yang ditetapkan dan pastikan keselamatan orang lain semasa meletakkan kereta bayi. Memandangkan kawasan ini tidak diawasi, sila keluarkan semua barang berharga dan barangan peribadi sebelum meninggalkan kereta bayi anda. Jika perlu, sila kuncikan kereta bayi anda dengan kunci kereta bayi.
- Sila awasi anak-anak anda dan jaga warga emas pada setiap masa. Tetamu di bawah umur 14 tahun mesti ditemani oleh Tetamu berumur 16 tahun ke atas untuk memasuki Taman Tema. Untuk menaiki pusat tarikan, kanak-kanak berumur 7 tahun ke bawah perlu ditemani oleh orang yang berumur 16 tahun ke atas.
- Akses ke pusat tarikan adalah tertakluk kepada peraturan keselamatan untuk setiap pusat tarikan.
Tiket, media kemasukan, kad keahlian Magic Access dan kelayakan lain tidak boleh dipindah milik, tidak boleh ditukar, tidak boleh dikembalikan, boleh dibatalkan dan terbatal jika diubah. Tiket mesti digunakan oleh orang yang sama semasa tempoh sahnya dan tidak sah untuk acara khas yang memerlukan caj kemasukan berasingan.
Perkara berikut tidak boleh dibawa masuk ke dalam Taman Tema:
- Bahan-bahan yang berbahaya.
- Sebarang jenis senjata atau objek yang kelihatan atau dianggap sebagai senjata atau senjata mainan.
- Minuman alkohol atau sebarang bahan yang melanggar undang-undang.
- Bekas kaca (kecuali bekas kecil seperti balang makanan bayi).
- Beg, kotak, penyejuk atau bagasi yang lebih besar daripada 56cm x 36cm x 23cm. Ais longgar atau kering tidak dibenarkn dalam bekas ini. Pek ais boleh guna semula adalah disyorkan.
- Bagasi beroda dalam sebarang saiz.
- Wagon kereta bayi, wagon, kereta atau pembawa beroda lain (kecuali kerusi roda manual, peranti mobiliti berkuasa elektrik dengan sekurang-kurangnya 3 roda dan yang beroperasi pada kadar berjalan; dan kereta bayi dengan dimensi tidak melebihi 92cm x 132cm).
- Haiwan (kecuali anjing khidmat, anjing pemandu dan anjing pemandu dalam latihan). Anjing khidmat bermaksud anjing yang dilatih untuk melakukan kerja atau menjalankan tugas bagi, dan untuk membantu, orang yang kurang upaya. Anjing khidmat, anjing pemandu dan anjing pemandu dalam latihan mesti kekal diikat dengan tali cawak atau abah-abah dan dikawal pemiliknya pada setiap masa. Kerana sifat sesetengah tarikan, anjing khidmat, anjing pemanda dan anjing pemandu dalam latihan mungkin tidak dibenarkan menaiki tarikan tertentu.
- Tripod besar, kerusi lipat atau kerusi.
- Peranti rekreasi dengan roda, termasuk tetapi tidak terhad kepada papan selaju, skuter, kasut roda sebaris dan kasut dengan roda terbina dalam.
- Dron, peranti terbang kawalan jauh atau layang-layang.
- Bendera, sepanduk atau papan tanda dalam sebarang saiz.
- Item-item lain yang kami anggap mungkin berbahaya, mengganggu, menjelikkan atau mungkin menghalang operasi Taman Tema atau kemudahan lain yang berkaitan.
- Barang yang dilarang oleh mana-mana undang-undang Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong Republik Rakyat China.
- Penggunaan kamera pegangan tangan atau tiang sambungan telefon bimbit (seperti kayu swafoto)
- Penjualan atau pertukaran barangan atau perkhidmatan, atau paparan barangan atau perkhidmatan untuk jualan atau pertukaran, atau permintaan untuk penjualan atau pertukaran barangan atau perkhidmatan, di mana barangan termasuk tetapi tidak terhad kepada barangan berjenama Disney, dan perkhidmatan termasuk tetapi tidak terhad kepada perkhidmatan pelancongan atau perkhidmatan fotografi dalam apa jua bentuk, tanpa kebenaran kami.
- Pengedaran sebarang jenis bahan bercetak atau rakaman.
- Acara, demonstrasi atau ucapan yang tidak dibenarkan, atau penggunaan mana-mana bendera, sepanduk atau papan tanda, atau untuk menghasut orang ramai, dan perhimpunan awam yang tidak dibenarkan lain.
- Memberi makan kepada mana-mana haiwan di Taman Tema, termasuk burung.
- Bermain layang-layang, dron atau peranti terbang kawalan jauh.
- Fotografi, rakaman video, apa-apa jenis rakaman kecuali untuk kegunaan peribadi.
- Berinteraksi dengan Tetamu lain atau menghalang operasi Taman Tema sambil menyamar sebagai atau menggambarkan mana-mana watak sebenar atau khayalan, sama ada memakai sebarang kostum istimewa atau tidak.
- Terlibat dalam sebarang perbuatan tidak selamat atau perbuatan lain yang boleh menghalang operasi Taman Tema atau mana-mana kemudahan yang berkaitan.
- Apa-apa aktiviti yang melanggar mana-mana undang-undang Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong Republik Rakyat China.
- Kami, anggota gabungan kami dan/atau kontraktor, ejen dan wakil kami masing-masing mungkin mengambil foto, merakam filem, merakam pada pita video, merakam atau sebaliknya menghasilkan semula imej dan/atau suara sesiapa yang memasuki Taman Tema dan menggunakan hasilnya bagi sebarang tujuan tanpa bayaran kepada sesiapa.
- Kami berhak untuk menolak kemasukan, atau menghendaki seseorang yang telah diterima masuk meninggalkan Taman Tema, tanpa bayaran balik atau pampasan, kerana kegagalan mematuhi mana-mana peraturan Taman, Terma dan Syarat Magic Access, peraturan khusus untuk Akses Premier Disney, lawatan berpandu Disney atau kelayakan lain, atau undang-undang, kerana tingkah laku yang tidak selamat, menyalahi undang-undang, mengganggu atau menyinggung perasaan,kerana kelakuan yang tidak wajar, untuk memastikan keselamatan, sekuriti atau ketenteraman, atau jika kami menganggap bahawa keadaan itu memerlukan sebegitu.
Kami berhak untuk mengalihkan mana-mana kereta sorong bayi yang diletakkan tanpa notis awal, bayaran balik atau pampasan, untuk memastikan keselamatan, sekuriti atau ketenteraman, atau jika mengikut keadaan, kami perlu mengambil tindakan tersebut.
Untuk tujuan peraturan ini, “Syarikat”, “kami” and “kita” bererti sama ada atau kedua-dua Hongkong International Theme Parks Limited dan Hong Kong Disneyland Management Limited.
Peraturan ini dikawal oleh undang-undang Kawasan Pentadbiran Khas Hong Kong bagi Republik Rakyat China.
Jika berlaku sebarang konflik atau ketidakonsistenan antara versi-versi bahasa peraturan ini, versi bahasa Inggeris akan diutamakan.
Jika anda mempunyai sebarang soalan, sila bertanya kepada Ahli Pelakon kami.