
Snow White
Seorang puteri yang baik dan lemah lembut dengan bibir merah ibarat bunga mawar dan kulit putih ibarat salji yang berkawan dengan Seven Dwarfs dan mencari cinta sejatinya.

Aurora
Seorang gadis yang lemah lembut dan penyayang yang tidak tahu bahawa dia seorang puteri dan dibesarkan di dalam hutan bersama dengan 3 pari-pari sehinggalah seorang putera datang menyelamatkannya daripada suatu sihir.

Cinderella
Seorang gadis muda yang baik hati—yang percaya bahawa jika anda terus mempercayai, hajat anda akan menjadi nyata—melarikan diri daripada perhambaan melalui pari-pari dan cinta daripada Prince Charming.

Ariel
Seekor ikan duyung yang berdikari dan berjiwa cekal yang menyanyi, mengelamun dan sanggup mempertaruhkan segala-galanya demi cinta sejatinya.

Belle
Si cantik yang suka membaca dan mengidamkan pengembaraan dan percaya bahawa terdapat kebaikan dalam setiap orang, walaupun pada seekor Beast.

Jasmine
Seorang pelamun yang berjiwa bebas, baik hati dan yakin, yang impiannya untuk pengembaraan menjadi kenyataan melalui Aladdin.

Pocahontas
Seorang Gadis Natif Amerika yang mempunyai rasa hormat terhadap alam semula jadi jatuh cinta dengan seorang Jejaka Orang Putih dan berusaha untuk membawa kedamaian untuk rakyatnya.

Mulan
Seorang gadis berani yang menyamar sebagai lelaki untuk pergi berjuang demi negarannya.

Tiana
Seorang gadis muda dengan cita-cita untuk memiliki sebuah restoran yang menggembara demi mencari kawan sejati dan cinta sejatinya.

Rapunzel
Seorang gadis jelita dengan rambut ajaib yang tinggal di dalam menara, yang sentiasa berangan-angan tentang dunia luar sehinggalah dia bertemu dengan cinta sejatinya, iaitu Flynn Rider.

Merida
Seorang puteri berambut merah sejak lahir dan seorang yang berjiwa pengembara serta peneroka yang ingin mengawal takdirnya sendiri.

Moana
Seorang gadis berumur 16 tahun yang ceria, kuat, optimistik, berjiwa cekal dan penuh belas kasihan yang bersusah payah demi mencari dirinya yang sebenar.

Anna and Elsa
Kedua-duanya merupakan anak perempuan dan adik-beradik yang penyayang—dengan Anna mendapatkan bantuan daripada seorang penuai ais, seekor rusa dan orang salji untuk menyelamatkan negara mereka, iaitu Arendelle daripada musim salji abadi yang Elsa telah cipta secara ajaib.
