Geyser Gulch

Taman Tema Hong Kong Disneyland

Grizzly Gulch

Ketinggian

Sebarang

Kumpulan Umur

Semua Peringkat Umur

Tahap Keseronokan

Tunggangan Air

Kebolehcapaian i dan Maklumat Lain -Buka Dialog

Kebolehcapaian

  • Perlu Kekal di atas Kerusi Roda

Minat

Terbuka, Interaktif, Penemuan

Bandar lama Grizzly Gulch yang terbina secara tidak sengaja di atas geiser - iaitu Geyser Gulch adalah rumah kepada pelbagai keseronokan takungan air!

The Wild, Wild (and Wet) West

Sebuah menara bocor, geiser lama dan pertempuran berair terletak antara 2 stor menarik perhatian pencari gali yang berani untuk memercikkannya dan merasai kedinginannya.

Selamat datang ke Grizzly Gulch, sebuah bandar perlombongan berwarna-warni yang ditubuhkan pada tahun 1888 semasa zaman kemakmuran Gold Rush. Bandar yang secara tidak sengaja dibina di atas lapisan geisar aktif ini, Bandar ini benar-benar ditenggelami air dan juga kekurangan dana. Tetapi apabila emas ditemui berhampiran Big Grizzly Mountain, nasib Bandar ini berubah. Hari ini, Grizzly Gulch dinamakan semula dengan penuh kasih sayang sebagai Geyser Gulch oleh penduduk tempatan, dan walaupun air masih mengalir, tempat itu meletus dengan keseronokan.

Menara Air
Mercu tanda ini-menara air bandar yang asal - telah kebocoran dan mula condong ke tepi baru-baru ini, mengancam untuk melimpahkan airnya. Mereka yang berani mendekati boleh merasakan titisan hujan dari lubang-lubang kecil pada tangki. Berhati-hati dengan tali yang tergantung, kerana; satu tarikan dan semburan air boleh memancut ke atas kanopi orang yang lalu-lalang.

Lucky Springs Geyser
Betul-betul di pusat Geyser Gulch adalah pancutan semula jadi lama yang sangat besar ini. Menurut legenda, jika Lucky Springs Geyser meletus semasa anda membuat hajat, hasrat anda akan menjadi kenyataan. Sama ada anda percaya atau tidak, tetapi satu perkara yang pasti: jika anda berdiri terlalu dekat apabila ia meletus, anda pasti akan basah!

Persengketaan Limpahan Air
Terdapat sedikit pesaingan persahabatan antara stor tukang besi dan gedung barangan kering. Apar yang mengangini api bengkel tukang besi kini mengepam air ke arah gedung barangan kering. Tetapi pemilik gedung barangan kering melawan balik – mereka mengambil milik penghantaran belos dimaksudkan untuk stor tukang besi, dan menggunakanya untuk memancutkan kembali air ke arah itu. Anda dipelawa untuk merebut belos dan menyertai peperangan berair.

Grizzly Gulch Jailhouse and Assay Office

Semasa mengembara melalui Grizzly Gulch, jangan lupa untuk mengambil gambar-gambar di 2 tempat bersejarah ini. Di Grizzly Gulch Jailhouse, ambil gambar di dalam sel yang terbiar, atau “gambarkan diri anda” dalam salah satu daripada 3 poster “dikehendaki” masa dahulu. Di hadapan Grizzly Gulch Assay Office, bergaya di samping seketul emas terbesar pernah ditemui di gaung sempit itu,digelar Lucky Nugget, dan mempelajari kisah di sebalik penemuannya.

Anda juga boleh memulakan pencarian harta karun untuk ketulan emas tersembunyi di seluruh bandar oleh Lucky the Dog, maskot menarik bandar. Jika anda mengesan ketulan, tuntut kepentingan anda dengan mengambil gambar untuk dikongsi bersama keluarga dan rakan-rakan! Berapa banyak yang anda boleh temui?

Tiket Hari Biasa 1-Hari
Kemasukan Umum
(Umur 12 - 64 tahun)
HK$ 539
setiap tiket

Waktu Operasi

Ahad, 11 Disember 2016

  • -
a11y.beginsTooltip a11y.endsTooltip