Disney Christmas Live in Concert!

Terletak di
Main Street, U.S.A.  di
Taman Tema Hong Kong Disneyland
Tiada apa dapat memenuhi sanubari dengan keceriaan Krismas selain alunan merdu muzik perayaan. Raikan musim ini dengan persembahan yang memukau serta melodi indah yang menyemarakkan lagi keceriaan perayaan. Berkumpullah di hadapan pentas Istana yang diterangi cahaya bintang dan kemeriahan persembahan pentas, sambil kita menyambut kembali tradisi tahunan yang amat dinanti-nantikan—“Disney Christmas Live in Concert!”—yang mengiringi sambutan Krismas penuh keajaiban dengan runut bunyi yang paling menyentuh hati.
Tiada Masa Tersedia

“Disney Christmas Live in Concert!” Pas Kawasan Tempat Duduk

Beli Pas Kawasan Tempat Duduk Standard “Disney Christmas Live in Concert!” anda untuk menikmati akses ke kawasan tempat duduk khas yang terletak betul-betul di hadapan pentas Istana. Atau, pilih Pas Kawasan Tempat Duduk VIP bersama pakej snek yang boleh dinikmati dengan pelbagai pilihan hidangan perayaan sebelum mengambil tempat di kawasan tempat duduk VIP yang eksklusif untuk konsert itu—menjadikan pengalaman Krismas anda lebih mengasyikkan!

Raikan Musim ini bersama Rakan-rakan Disney

Pada malam muzik Krismas yang istimewa ini, Mickey bersama Christmas Goofy dan barisan Rakan-rakan Disney menjemput anda menikmati keceriaan perayaan yang memenuhi udara malam melalui persembahan langsung lagu-lagu perayaan yang ceria. Bersama-sama, kita akan menghayati makna sebenar di sebalik setiap hadiah Krismas. Membuat kemunculan sulung di konsert tahun ini ialah Mei ( wujud dalam panda merah kesayangannya) daripada “Turning Red”, dan Isabela daripada “Encanto”. Mereka bakal menyampaikan tiga buah lagu yang belum pernah dipersembahkan sebelum ini untuk menyampaikan doa dan harapan buat semua pengunjung di taman tema!

Melodi yang Mempesonakan

Persembahan tahun ini turut menampilkan pemain piano terkenal dari Hong Kong, Joyce Cheung (21–22 November) dan Oscar Tao (5–6 Disember), yang akan bergabung tenaga dengan lebih seratus anggota Koir Kanak-kanak Hong Kong untuk mempersembahkan melodi Krismas yang menyentuh hati. Apabila muzik menyelubungi suasana dan salji mula berguguran, istana akan kembali hidup dengan pancaran cahaya bertema Krismas, pancutan air yang seiring, keajaiban piroteknik serta pelbagai kesan pentas yang menakjubkan—mencipta suasana untuk malam yang mempesonakan dengan melodi perayaan, kenangan yang dikongsi bersama dan kehangatan keceriaan Krismas yang menyentuh hati.

Peta