Pusat Kecergasan di Hong Kong Disneyland Hotel

Hong Kong Disneyland Hotel

Kumpulan Umur

Dewasa

Bersenam di gimnasium -atau menyegarkan diri di sauna, bilik stim atau kolam pusar – semuanya disediakan untuk anda semasa menginap di Hong Kong Disneyland Hotel.

Gimnasium

Kekalkan kecergasan dengan kelengkapan latihan kekuatan dan kardio di pusat kecergasan di aras satu. Terletak bersebelahan kolam renang dalaman, gimnasium di Hong Kong Disneyland Hotel menempatkan treadmill, basikal (biasa dan baring) dan mesin elips. Pemberat bebas dan mesin pemberat turut tersedia di sini bagi individu yang mahu melakukan senaman berat semasa bercuti selain daripada tikar regangan, mesin regangan dan bola regangan bagi individu yang mahu memperbaiki fleksibiliti.

Selepas bersenam, anda boleh berenang di kolam dalaman, lokasi ideal untuk pusingan renang atau menyejukkan tubuh berlatar belakangkan gaya Victoria yang elegan.

Keperluan
Penggunaan gim ini ekslusif dan percuma untuk Tetamu yang menginap di tiga hotel Hong Kong Disneyland Resort. Tetamu yang menggunakan gim mestilah berusia 14 tahun dan ke atas. Selain itu, Tetamu mesti memakai pakaian yang sesuai—termasuk baju dan kasut—dan tidak berada di bawah pengaruh alkohol atau ubat-ubatan.

Tetamu mesti menunjukkan kad kunci Bilik Tetamu untuk mengakses kemudahan tersebut.

Waktu Operasi:
8:00AM – 10:00PM

Sauna, Bilik Stim dan Kolam Berpusar

Semarakkan deria dan naikkan semangat anda dengan mengunjungi sauna, bilik mandi wap atau spa kolam pusar yang terletak bersebelahan gim. Alami ketenangan saat anda merasai kesan daripada wap atau angin panas yang mengasyikkan pada tubuh badan anda; kemudian hapuskan segala ketegangan pada otot dengan rendaman dalam tab panas yang menyegarkan.

Aktiviti yang memulihkan kesegaran ini turut menyediakan pancuran air, bilik air dan ruang solekan untuk bersiap.

Sauna, bilik mandi wap dan kolam pusar ditutup buat sementara waktu sehingga diberitahu kemudian.

Keperluan
Sila maklum bahawa Tetamu berusia 11 tahun dan ke bawah mesti ditemani oleh ibu/bapa atau penjaga dewasa pada setiap masa. Selain itu, disebabkan oleh suhu tinggi, kanak-kanak berusia 5 tahun dan ke bawah dinasihatkan supaya tidak menggunakan sauna atau bilik mandi wap.

Tetamu mesti menunjukkan kad kunci Bilik Tetamu dan mendaftar di meja sambut tetamu untuk mengakses kemudahan tersebut.

Lokar
Lokar disediakan untuk kemudahan anda; kunci tersedia di meja sambut tetamu. Walau bagaimanapun, barangan berharga perlu disimpan dalam peti keselamatan hotel anda.

Ketahui Perkara Sebelum Anda Pergi

Semua tetamu (kecuali orang yang dikecualikan) dikehendaki oleh undang-undang untuk menggunakan aplikasi 'LeaveHomeSafe' dan memenuhi keperluan 'Vaccine Pass' semasa memasuki premis tertentu termasuk Taman Tema dan restoran untuk menjamu selera. Butiran