Hong Kong Disneyland Hotel
Pakaian & Aksesori
Berfantasi dengan kisah dongeng anda semasa transformasi yang paling menakjubkan—daripada seorang Tetamu kepada Puteri Disney!
Pernahkah berharap untuk menjadi seorang puteri sebenar? Impian anda boleh menjadi kenyataan di Bibbibi Bobbidi Boutique!
Sebaik sahaja anda melangkah ke dalam tembok elegan salun yang agung terletak di Hong Kong Disneyland Hotel, anda akan merasakan diri anda diangkat jauh ke satu masa dan tempat yang mempesonakan. Kemudian, dengan menghayunkan tangannya, Fairy Godmother anda yang sedang dalam latihan akan mula mengubah wajah anda!
Lihat transformasi diraja yang terjadi di depan mata anda melalui keajaiban solekan yang berkilauan, satu pilihan kostum dan lain-lain aksesori Princess Disney yang mempesonakan.
Tambahan lagi, pastikan untuk memperingati detik yang tidak dapat dilupakan buat selama-lamanya dengan gambar cenderamata daripada pengalaman anda-dikhaskan dalam pemegang gambar bertemakan puteri anda sendiri!
Untuk keterangan lanjut, sila lawati Kingdom Gifts di Hong Kong Disneyland Hotel bermula 08:00 hingga 23:00, atau hubungi +852 3510-6000. Tetamu di bawah 18 tahun perlu mendapat keizinan dari ibu bapa atau penjaga untuk membuat panggilan.
Jadikan Impian Anda Satu Kenyataan dengan kostum Puteri Deluxe dan aksesori eksklusif.
Kos Pakej The Crown ialah HK$980 dan ciri-cirinya:
Ketahui maklumat penting tentang tempahan, sekatan Tetamu dan produk yang ada.