Pusat Bantuan

Hotel Disney – Soalan Kerap Ditanya

Q:

Apakah pilihan restoran di Hong Kong Disneyland Hotel Resort?

A:

Terokai pelbagai masakan Asia, Cina dan Barat –ditambah dengan hidangan serantau lain- di tiga hotel. Di samping itu, nikmati ruang istirahat dan kafe yang menampilkan teh, makanan ringan dan minuman.

Hong Kong Disneyland Hotel memaparkan restoran dan ruang istirahat berikut:
  • Enchanted Garden Restaurant – Temui Rakan Disney semasa anda menikmati bufet antarabangsa yang lazat. Makan dengan penuh keanggunan dan dapatkan juga gambar atau autograf Watak.

  • Walt’s Cafe – Menghidangkan sarapan, makan tengah hari dan makan malam, Walt Cafe mempunyai gambar Walt Disney di seluruh restoran. Nikmati keenakan kegemaran Walt sendiri dan pilihan yang lebih menyelerakan.

  • Crystal Lotus – Pilih hidangan yang menaikkan selera dari 4 wilayah utama masakan China-termasuk Sichuan, Beijing, Shanghai dan Guangdong. Nikmati juga hidangan Dim Sum istimewa.

  • Grand Salon – Nikmati teh petang dihidangkan di sebuah bilik mewah dalam suasana yang elegan. Di sebelah malam, pemuzik menambahkan lagi sentuhan dengan penuh sofistikated.

  • Sea Breeze Bar – Bar perkhidmatan penuh yang bergemerlapan menawarkan hidangan ala Eropah- dan koktel tepi kolam dan sesuai untuk majlis luar.

Disney's Hollywood Hotel menawarkan tempat makan yang menonjolkan dunia seni dekorasi klasik Hollywood, termasuk:
  • Ink & Plate - Nikmati bufet antarabangsa yang artistik untuk membolehkan minda kreatif anda menghidupkan ciptaan yang boleh dimakan di atas pinggan anda. Bawa kamera anda untuk menangkap gambar yang sempurna bersama Rakan Disney. 

  • The Archivist - Nikmati minuman dan hidangan yang lazat sambil meneliti arkib yang dipilih susun bagi meraikan detik-detik mendebarkan daripada beberapa filem terbesar Marvel. – 
Disney Explorers Lodge menawarkan lokasi menjamu selera yang menampilkan juadah kuno dan eksotik dari seluruh dunia, termasuklah:
  • Dragon Wind – Alami kehebatan orang zaman dahulu melalui juadah khusus dari Daerah China luar bandar dan klasik, dengan gaya kulinari dan tataletak yang diilhamkan oleh Lima Elemen.

  • World of Color Restaurant – Rasai perbezaan zaman dahulu dengan sekarang, rempah dan herba, juadah kuno dan baharu dengan tekstur dan perisa dari Lautan, Kepulauan dan Benua.

  • Chart Room Cafe – Berehatlah dan nikmati pelbagai pilihan kopi istimewa dan makanan segera kasual daripada sarapan Continental, salad dan sandwic sehinggalah pasta tempahan khas sambil menikmati suasana yang aman, tenang dan mengalu-alukan anda.
Lihat semua pilihan yang disediakan di Hong Kong Disneyland Hotel.