Akses Premier Disney – “Playhouse in the Woods”

Lihat semua Tawaran Istimewa

Butiran Penting

  1. Akses Premier Disney – “Playhouse in the Woods” (“Pas”) hanya boleh digunakan oleh pemegang Pas secara bersemuka untuk satu kemasukan utama sekali sahaja ke “Playhouse in the Woods” (“Tarikan”) di Taman Tema Hong Kong Disneyland (“Taman Tema”) semasa waktu operasi Tarikan pada tarikh sah laku Pas, tertakluk pada terma dan syarat ini.
  2. Pas tidak merangkumi apa-apa jaminan kemasukan segera atau tempoh menunggu bagi Tarikan. Untuk menggunakan Pas, tetamu mesti menggunakan barisan yang ditetapkan dan mengemukakan Pas yang sah di pintu masuk Tarikan.
  3. Pas tidak merangkumi mana-mana akses segera, terjamin, dan tempahan atau keutamaan ke atau aturan untuk mana-mana program, kemudahan atau aktiviti (termasuk tetapi tidak terhad kepada apa-apa sesi bertemu dan beramah mesra atau peluang bergambar) dalam tapak Hiburan. Tetamu dikehendaki mematuhi peraturan, arahan, pengaturan dan/atau operasi Tarikan yang berkenaan seperti yang ditentukan oleh Hongkong International Theme Parks Limited (“HKITP”) dari semasa ke semasa.
  4. Pas hanya dapat dibeli pada tempoh tertentu yang ditetapkan oleh HKITP dari masa ke masa di laman web Hong Kong Disneyland (“Laman web”) dan aplikasi mudah alih rasmi Hong Kong Disneyland (“Aplikasi”), tertakluk pada ketersediaan dan quota untuk setiap saluran jualan.
  5. Versi terkini Aplikasi mungkin diperlukan untuk transaksi atau ciri tertentu. Anda bersetuju bahawa anda bertanggungjawab untuk memenuhi keperluan ini. Apa-apa pembelian Pas yang dibuat pada versi Aplikasi sebelum ini harus bersifat muktamad dan mengikat serta tidak boleh dibatalkan, diubah suai, ditukar atau dibayar balik untuk apa-apa jua alasan.
  6. Jika berkenaan, tertakluk kepada ketersediaan, kapasiti operasi atau pertimbangan lain mengikut budi bicara mutlak HKITP, HKDL akan menentukan dan menetapkan slot masa bagi kemasukan keutamaan ke Tarikan.
  7. Semasa melengkapkan pembelian dalam talian, tetamu dikehendaki (i) mendaftar masuk ke akaun MyDisney HK mereka, (ii) memberikan kaedah pembayaran mereka dan (iii) bentuk data peribadi lain seperti yang mungkin diperlukan oleh HKITP. E-mel pengesahan akan dihantar ke alamat e-mel yang diberikan pada masa pembelian.
  8. Pas akan dikeluarkan dan disimpan dalam media Pas berikut: (i) untuk Pas yang dibeli di Laman Web, di halaman “Pembelian Saya” Web; atau (ii) untuk Pas yang dibeli dalam Aplikasi, di bahagian “Akses Premier Disney Saya & Lebih Lagi” Aplikasi (secara kolektif, “Media Pas”).
  9. Sebanyak empat Pas maksimum boleh dibeli dalam setiap transaksi Laman Web atau dalam Aplikasi.
  10. Tetamu tidak boleh membatalkan atau membetulkan jenis, tarikh kesahan, slot masa atau apa-apa butiran lain Pas selepas pembelian.
  11. Pas hanya sah untuk digunakan pada tarikhnya dan dalam slot masa (jika berkenaan) yang dinyatakan di Media Pas. Pas yang tidak digunakan pada tarikh sah dan slot masa (jika berkenaan) akan dibatalkan tanpa pampasan, pertukaran dan/atau bayaran balik.
  12. Pas tidak termasuk kemasukan ke Taman Tema. Untuk menggunakan Pas, tetamu perlu mempunyai tiket kemasukan yang sah dan tempahan lawatan Taman Tema untuk tarikh sah laku Pas. Tempahan lawatan taman Tema tertakluk pada kuota terhad.
  13. Pas ini tidak boleh dipindah milik, tidak boleh ditukar, tidak boleh dikembalikan, bukan untuk dijual dan tertakluk pada ketersediaan.
  14. Pas hanya boleh digunakan untuk memasuki Tarikan sebanyak sekali. Pas tidak sah untuk kemasukan semula ke Tarikan untuk apa-apa tujuan lain, atau kemasukan keutamaan ke mana-mana tarikan.
  15. Kemasukan ke dalam Tarikan tertakluk pada peraturan keselamatan dan syarat lain yang berkenaan dengan Tarikan. Tetamu yang tidak memenuhi atau melepasi syarat masuk atau apa-apa syarat lain yang berkenaan tidak boleh mengakses tarikan tersebut.
  16. Pas mesti digunakan oleh tetamu yang sama pada tarikh sah laku Pas. HKITP mungkin memerlukan tetamu untuk mengemukakan pengenalan peribadi mereka atau memberikan maklumat lain kerana HKITP mungkin memerlukannya untuk tujuan pengesahan.
  17. Jika Tarikan ditutup pada tarikh kesahan Pas, Pas boleh digunakan sekali untuk kemasukan keutamaan ke dalam satu tarikan lain yang disenaraikan oleh HKITP di https://www.hongkongdisneyland.com/ms/offers-discounts/disney-premier-access-1-attraction/ pada hari yang sama tertakluk pada ketersediaan, kapasiti dan waktu operasi untuk tarikan yang digantikan sedemikian. Tiada bayaran balik, pertukaran atau pampasan lain akan diberikan
  18. HKITP boleh menolak untuk menerima atau membenarkan penebusan dan penggunaan, dan/atau menahan atau membatalkan mana-mana manfaat dalam Pas, dalam setiap kes tanpa bayaran balik, pertukaran atau pampasan jika mengikut pertimbangan tunggalnya (i) Pas dan/atau manfaat pas digunakan untuk tujuan komersial atau tujuan lain yang tidak dibenarkan; (ii) jika mana-mana terma dan syarat ini dilanggar atau tidak dipatuhi; dan/atau (iii) jika HKITP menganggap bahawa keadaan memerlukan perkara sedemikian.
  19. HKITP berhak untuk (i) mengubah harga, kesahan atau ketersediaan Pas; (ii) lokasi, kapasiti, waktu operasi atau operasi Tarikan dan/atau Aktiviti; (iii) watak yang ditetapkan untuk Aktiviti; dan/atau (iv) apa-apa aspek Pas yang lain dalam setiap kes pada bila-bila masa dan dari masa ke masa mengikut budi bicara mutlaknya tanpa notis awal, pampasan, pertukaran atau bayaran balik.
  20. HKITP mempunyai hak untuk (i) mengubah atau menambah terma dan syarat ini; (ii) menetapkan atau mengubah harga, kesahan dan/atau tarikh sekatan bagi mana-mana Pas, tiket, pas, baucar atau pengesahan, produk, perkhidmatan, tawaran, diskaun atau promosi; dan (iii) menamatkan atau menggantung ketersediaan mana-mana Pas, tawaran, diskaun atau promosi, bagi setiap kes, pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa tanpa notis terdahulu.

 

Terma dan Syarat Umum yang berkenaan dengan Pas

  1. Pengeluaran dan penggunaan Pas dan komponennya serta kemasukan ke Hong Kong Disneyland Resort (“Resort”) dan penggunaan kemudahan adalah tertakluk pada (i) terma dan syarat ini; (ii) “Sorotan Tawaran”, “Halaman Produk”serta “Butiran Penting” yang ditetapkan dalam halaman tawaran Pas dan halaman pembelian di Laman Web, (iii)“Terma dan Syarat Am” tersedia di www.hongkongdisneyland.com/ticket-general-terms-conditions/; (iv) peraturan dan undang-undang yang digunakan pada lokasi atau kemudahan yang berkenaan (termasuk tetapi tidak had kepada, Peraturan dan Undang-Undang Taman Tema dan Hotel) yang ditetapkan di www.hongkongdisneyland.com; (v) semua keperluan, sekatan dan perubahan lain yang ditentukan oleh HKITP mengikut budi bicara mutlaknya tanpa notis awal atau selanjutnya. HKITP boleh dari semasa ke semasa, tanpa notis awal dan tanpa bayaran balik atau pampasan, (a) membuat atau mengubah suai peraturan yang perlu dipatuhi di keseluruhan atau mana-mana bahagian Taman Tema, (b) menukar atau menyelaraskan syarat kemasukan atau mod operasi (termasuk tetapi tidak terhad kepada waktu operasi) Taman Tema atau mana-mana lokasi, tarikan, kedai, restoran, kemudahan atau ameniti di situ, (c) menutup atau menyelaraskan operasi untuk mana-mana tempoh Taman Tema atau mana-mana bahagiannya, (d) mengehadkan bilangan, kelas atau kelayakan orang yang boleh mengakses Taman Tema atau mana-mana bahagiannya, (e) menggantung atau membatalkan mana-mana program, tawaran atau aktiviti tarikan, kemudahan, ameniti atau hiburan atau pemasaran, dan/atau (f) mengenakan had ke atas pembelian mana-mana produk atau penggunaan mana-mana perkhidmatan atau kemudahan, dalam setiap kes disebabkan oleh kapasiti, cuaca buruk atau peristiwa khas, untuk memastikan keselamatan, kesihatan atau ketenteraman, atau pematuhan undang-undang, atau jika HKITP menganggap bahawa keadaan memerlukan.
  2. Pas yang tidak lengkap, rosak atau telah diubah tidak akan diterima. Pas yang hilang tidak akan dikeluarkan semula.
  3. Pas atau Media Pas pendua tidak akan diterima. Pas dan Media Pas tidak sah jika telah diubah atau telah diubah suai. HKITP tidak bertanggungjawab bagi sebarang kerugian atau kesulitan yang disebabkan oleh ralat komputer atau peranti mudah alih. HKITP tidak bertanggungjawab atas (dan tidak akan mengeluarkan penggantian berhubungan) apa-apa kehilangan, kerosakan, pemalsuan, pencurian atau penipuan atau penggunaan yang tidak dibenarkan untuk mana-mana Pas atau Media Pas. Rekod HKITP yang berkaitan dengan pengeluaran dan penggunaan Pas atau Media Pas seharusnya muktamad dan menyeluruh.
  4. Jika terdapat apa-apa konflik atau ketidakkonsistenan antara versi bahasa Inggeris dengan versi bahasa lain bagi terma dan syarat ini, versi Bahasa Inggeris akan diutamakan.
  5. Jika berlakunya pertikaian, HKITP berhak untuk membuat keputusan akhir untuk pertikaian dan lain-lain berkenaan dengan Pas.
  6. Pas dibuat menurut undang-undang Kawasan Pentadbiran Khas Hong Kong Republik Rakyat China (“HKSAR”) sahaja. Pas hanya boleh ditebus di HKSAR menurut terma dan syarat ini. HKITP tidak membuat perwakilan bahawa pembelian, penebusan atau penggunaan Pas sesuai atau boleh didapati di lokasi lain dan Pas tidak sah dalam mana-mana bidang kuasa yang pembelian, penebusan atau penggunaan Pas sedemikian dilarang atau dihadkan oleh undang-undang. Mereka yang memilih untuk membeli, menebus dan/atau menggunakan Pas berbuat demikian atas inisiatif mereka sendiri dan bertanggungjawab untuk mematuhi undang-undang tempatan, jika dan setakat mana undang-undang berkenaan.
  7. Terma dan syarat ini akan ditadbir dan ditafsirkan sesuai mengikut undang-undang HKSAR.
  8. Terma dan syarat ini merupakan perjanjian antara HKITP dengan tetamu yang membeli Pas ini. Orang yang bukan pihak kepada perjanjian ini tidak akan mempunyai apa-apa hak di bawah Ordinan Kontrak (Hak Pihak Ketiga) (Bab 623 Undang-undang Hong Kong) untuk menguatkuasakan apa-apa terma perjanjian ini.


Pernyataan Pengumpulan Maklumat Peribadi
Data peribadi yang dikumpulkan berhubung dengan atau apabila membeli, mengeluarkan atau menyediakan tiket, lawatan, produk dan perkhidmatan lain boleh digunakan untuk pemprosesan permintaan atau pertanyaan, menguatkuasakan terma urusan komersial, menghantar bahan-bahan pentadbiran kepada anda, tujuan perniagaan dan pentadbiran dalaman kami, tujuan penyelidikan dan statistik atau tujuan lain yang berkaitan secara langsung, atau untuk tujuan undang-undang, keselamatan atau keterjaminan. Peruntukan data peribadi untuk medan mandatori adalah wajib. Jika anda tidak memperuntukkan data peribadi tersebut, kami mungkin tidak boleh memberi anda produk atau perkhidmatan yang anda minta. Data peribadi boleh dipindahkan kepada pihak ketiga yang terlibat dalam memenuhi tujuan yang disebutkan di atas, atau orang lain sebagaimana yang diperlukan oleh undang-undang. Senarai kelas orang yang mungkin menerima data peribadi sedemikian boleh didapati di www.hongkongdisneyland.com/privacy-legal/. Anda boleh meminta akses kepada, dan meminta pembetulan bagi, data peribadi anda yang kami pegang. Permintaan sebegitu boleh dibuat dengan menghantar e-mel kepada Pengurus Data Peribadi kami di personaldata@hongkongdisneyland.com.